Ramai orang berasa cemburu apabila mereka yang berada di negeri Perlis sudah boleh menunaikan solat Hari Raya Aidiladha di masjid dan surau secara berjemaah dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri semalam.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Terbaharu, pengguna Facebook page 1314天使微电影 telah berkongsi beberapa keping memaparkan umat Islam solat berjemaah di masjid bertujuan untuk mempromosikan produk yang dijualnya di akhir gambar.

Hal ini telah mendapat perhatian netizen dan mencetuskan perbalahan dalam kalangan netizen. Bukan disebabkan oleh promosikan produk tetapi gambar yang dikongsi menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen mengecam tindakan mereka yang solat berjemaah sempena Aidiladha kerana ia boleh menjadi punya penularan wabak COVID-19. Akan tetapi, ada juga yang mengatakan bahawa tiada masalah kerana Perlis sudah memasuki Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan juga para jemaah dilihat mematuhi SOP .

photo_2021-07-21_11-07-09

photo_2021-07-21_11-07-14

photo_2021-07-21_11-07-18

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mengatakan harus menghormati keputusan penduduk di Perlis yang mahu solat berjemaah kerana sudah dibenarkan oleh kerajaan.

Sebelum ini, kerajaan mengisytiharkan beberapa negeri termasuk Perlis sudah beralih ke Fasa 2 PPN dengan beberapa perniagaan di bawah Sektor Perdagangan dan Pengedaran dibenarkan beroperasi antaranya kedai gunting rambut (perkhidmatan asas), kedai komputer dan sebagainya.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

‘Kenapa Perlu Buang?’ – Lelaki Ini Terkejut Lihat Makanan Bantuan Orang Ramai Di Tong Sampah

‘Saya Ingat Semua Tentang Awak’- Perkongsian Detik Jumpa Bekas Suami Di PPV Raih Perhatian Netizen

‘Dua Hari Lagi Nak Raya, Tak Cuti Raya Ke?’ – Gurauan Spontan Sesama ‘Frontliners’ Cuit Hati Netizen