Tidak dinafikan drama Korea sudah menjadi fenomena di seluruh dunia dan Netflix turut dikhabarkan akan melaburkan hampir RM3.1 trilion untuk penghasilan drama serta filem dari Korea Selatan. Terbaharu, drama Vincenzo yang menampilkan Song Joong-ki sebagai watak utama telah menjadi perhatian ramai dan setiap minggu drama tersebut berada di kedudukan nombor 1 di Netflix.

Untuk pengetahuan anda, Vincenzo berkisahkan tentang seorang lelaki dari Korea Selatan yang menghabiskan hampir seluruh hidupnya menjadi peguam mafia di Milan, Italia. Namun sebuah insiden telah menyebabkan beliau kembali ke Korea dan bermulalah beberapa konflik ketika beliau di Korea.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Akan tetapi, mula menjadi buah mulut netizen apabila video penggambaran drama tersebut tular di media sosial. Mana tidaknya, ramai yang tidak menyangka bahawa penggambaran dilakukan dengan menggunakan ‘green screen’ dan bukannya di Itali.

https://www.tiktok.com/@aishaazmann/video/6938840423146212609

Menerusi video di TikTok itu, kita dapat lihat betapa ‘clean’ penyuntingan yang dilakukan sehingga penonton tidak perasan ianya hanyalah kesan khas bukannya berada di lokasi sebenar. Lantaran itu, rata-rata netizen berasa kagum dengan pelakon, pengarah dan juga krew drama tersebut kerana untuk menghasilkan karya tersebut memerlukan imaginasi yang tinggi.

photo_2021-03-13_15-51-41

photo_2021-03-13_15-51-45

photo_2021-03-13_15-51-49

Malah, para netizen turut mengatakan teknologi dan taktik yang digunakan oleh produksi di Korea sudah makin baik serta bertaraf Hollywood. Apakah pendapat anda akan kesan khas yang ditunjukkan dalam drama Vincenzo ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Chef Wan Buli Uncle Roger Dan Ajar Cara Masak Dengan Betul Tanpa Guna MSG

Muncul Kontroversi Selepas Kahwin, Hannah Delisha Minta Maaf Pada Peminat

Pengarah Filem Ternama Puji Roh, Dakwa Ia Salah Satu Karya ‘Amazing’ Baginya