Jika di Malaysia, kita sudah mulai memasuki hari keempat berpuasa di bulan Ramadan, berbeza dengan Brunei yang baru sahaja memasuki hari ketiga.

Meskipun sekadar berjiran, kedua-dua negara ini nampaknya mulai berpuasa pada hari yang berbeza. Keputusan yang dibuat membuatkan segelintir pada netizen terkejut dan seolah menyalahkan salah satu dari dua negara berkenaan.

169122401_4176165212401630_1918866951906652801_n
Sumber: facebook Astronomical Society of Brunei Darussalam (PABD)

Dalam mendapatkan jawapan lanjut, seorang pengguna Facebook iaitu Shahrin Ahmad yang juga merupakan pengasas kepada FalakOnline tampil memberi penjelasaan mengenai perbezaan hari dalam menentukan masuknya bulan Ramadan.

Malaysia menggunakan kriteria syarat Imkanur Rukyah iaitu kebolehnampakan anak bulan berdasarkan syarat-syarat yang telah dipersetujui dengan cara perlu penuhi salah satu daripada syarat-syarat berikut iaitu umur minimum bulan 8 jam atau ketinggian minimum bulan bersamaan 2 darjah atas ufuk dan jarak minima bulan-matahari bersamaan 3 darjah.

Di Brunei, untuk Ramadan, Syawal dan Zulhijjah mereka guna rukyah semata-mata (observation). Untuk bulan2 hijri lain mereka ikut kaedah Imkanur Rukyah spt Msia. Maka, pada petang Isnin haritu, di Brunei Bulan tidak kelihatan berdasarkan RUKYAH, maka digenapkan 30 hari Syaaban.

Sementara di Malaysia, bulan cukup syarat berdasarkan Imkanur Rukyah yang telah dikira oleh pihak yang diamanahkan seperti Jabatan Mufti, JUPEM.

Untuk pengetahuan, Malaysia turut berkongsi tarikh permulaan hari berpuasa bersama Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Kuwait, Mesir, Palestin, Qatar, Lubnan, Iraq, Yaman, Tunisia, dan Turki.

Sebuah syarikat di Rusia sedia menawarkan iPhone 12 Pro Max dengan rekaan yang lebih eksklusif berkonsepkan Masjid Nabawi berharga RM32,377 buat para pengguna.

Ambil Inspirasi Dari Masjid Nabawi, iPhone 12 Pro Max Ini Dijual Pada Harga RM32,377

Microsoft Label Rakyat Indonesia Sebagai Orang Paling Tidak Sopan Di Asia Tenggara, Ini Sebabnya