Sejak semalam tular beberapa video di Facebook yang menunjukkan seorang lelaki dipercayai pengamal perubatan Islam ‘berjaya’ menangkap dan mengurung virus COVID-19 di dalam botol.

Kiriman itu dibuat oleh Abdul Majid Hasan yang memuat naik tiga video yang menunjukkan beliau berhadapan dengan virus yang sudah mengakibatkan kematian di seluruh dunia ketika ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam video pertama dan kedua yang dimuat naik, beliau dilihat ‘bercakap’ dengan virus tersebut dan bertanyakan asal usul mereka – dan sejujurnya ia kelihatan sama seperti babak bercakap dengan jin dalam video-video seram yang kita pernah lihat sebelum ini.

“Jika ada virus Covid-19 yang dipindahkan dari Hospital Sungai Buloh sama ada tangan kanan atau tangan kiri, turun, turun, turun.

“Jika kamu (virus) berasal dari China gerak (tangan) sebelah kiri. Kalau bukan dari China bergerak ke kanan,” katanya lagi sebelum pesakit itu menggerakkan tangannya yang kelihatan ‘berat’ ke sebelah kiri.

Bagaimanapun, kemuncak kepada siri bercakap dengan virus itu tiba di video ketiga apabila dia dilihat ‘menangkap’ virus yang tidak kelihatan itu dan ‘mengurungnya’ di dalam botol air minuman.

“Saya telah menangkap dan mengurung (bukan selamanya) Convid-19 ke dalam botol. Botol ini saya isi air. Saya simpan dalam freezer (peti sejuk) bersama dengan botol air lain yang kosong dari Covid-19.

“Selama tempoh 5 hari botol berisi Covid-19 tidak membeku sedangkan botol air biasa beku dalam tempoh 6 jam,” katanya.

Perhatikan video di bawah bagaimana operasi menangkap dan mengurung COVID-19 ini dijalankan oleh lelaki ini.

photo_2020-03-30_11-38-43

Mohon jangan buat lagi-Netizen

Walaupun operasi ‘tangkap dan kurung’ itu dilakukan dengan berjaya namun ia tetap mendapat kecaman dan teguran daripada netizen yang rata-rata ‘terganggu’ melihat perbuatan itu.

“Tolong jangan malukan dan cemarkan nama Islam tuan,nak cari makan pun agak-agak la sikit,jangan jual agama tuan.

“Mohon jangan buat lagi dan mohon maaf kepada semua kerana tuan nak menipu org yg bodoh […],” kata Lukman Ahmed di kiriman itu.

Selain mengingatkan agar tidak menggunakan nama Islam, netizen juga sempat meninggalkan komen agar beliau menggunakan kelebihan tersebut untuk membantu pesakit COVID-19 sekiranya kaedah beliau terbukti menjadi.

komen2 komen1

Menggunakan kaedah rawatan Islam dalam menangani COVID-19 ini bukanlah satu perkara yang baharu. Malah ia pernah dilakukan oleh golongan agamawan Indonesia sebelum ini. Klik pautan untuk membaca.

Agamawan Indonesia Percaya Ruqyah Mampu Sembuhkan Pesakit Coronavirus

Baru Sahaja Umum Bebas COVID-19, China Terima 54 Kes Terbaru

Kandang Anjing Jadi Penjara Buat Individu Yang Melanggar Perintah ‘Lockdown’ Di Filipina