Belum pun reda kes beberapa hari lalu, penyanyi rap tempatan Zynakal terpalit pula kontroversi menggunakan karya artis lain tanpa izin.

Ianya berkenaan rekaan watak kartun yang digunakan untuk single lagu ‘Cemburu’ nyanyian Zynakal x Yonnyboii yang baharu sahaja dilancarkan beberapa hari yang lalu. Rekaan grafik pada single berkenaan yang unik rupanya adalah milik seorang pelukis digital koyori_n (Koyorin).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mereka dilaporkan mengambil gambar yang dilukis oleh Koyorin pada 21 April 2019 dan menggunakan gambar tersebut tanpa keizinan tuan punya gambar. Koyorin cuma mengetahui tentang perkara tersebut selepas peminatnya dari Malaysia memberitahunya tentang hal berkenaan.

Cemburu Cover
Rekaan single ‘Cemburu’ yang kini sudah dipadam
Cemburu Cover respond
Respon koyorin di posting yang dibuat oleh Zynakal

Koyorin merupakan artis antarabangsa yang menempa nama di laman Deviant Art sejak 10 tahun yang lalu. Boleh dikatakan Koyorin merupakan artis grafik yang ‘otai’ dan sangat dikenali dalam circle Deviant Art.

Koyorin meluahkan kekecewaannya tentang hal berkenaan di laman Instagram dan menyatakan karya beliau telah ‘dicuri’. Beliau juga tidak pernah memberi sebarang kebenaran untuk re-upload atau ubah suai karyanya untuk kegunaan komersil, lebih-lebih lagi kebenaran untuk karya Cemburu ini.

Pada ketika ini, Zynakal dan Yonnyboii telah memadam posting mereka tentang single ini di YouTube dan juga Instagram. Peminat setia Koyorin ternyata kecewa kerana bagi mereka, sebagai artis Zynakal dan Yonyboii sepatutnya lebih tahu cara untuk menghargai dan tidak ambil karya orang lain tanpa izin.

Tiada kenyataan balas dikeluarkan oleh Zynakal dan Yonnyboii ketika ini dan harap isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

P/S: Caprice telah mengeluarkan satu video khas berbicara tentang Zynakal dan menurut beliau, Zynakal bukan ‘insan yang beliau kenali sebelum ini’. Caprice turut menambah, beliau akan membantu Zynakal untuk kembali pulih dan pada masa yang sama, memohon maaf bagi pihak Zynakal atas keterlanjurannya.

Sebelum ini, Zynakal turut dikatakan ‘bergaduh’ dengan produser muzik sebuah stesyen radio swasta

‘Rapper’ Cari Gaduh Dengan Stesyen Radio, Padam Gambar Selepas Dikecam

Sejarah Lagu ‘Diss Track’ Dalam Industri Muzik Negara