Nampaknya H&M ditempelak isu lagi. Kali ini, ianya berkaitan imej yang digunakan untuk pemasaran kempen terbaru mereka, ‘New Routine’.

Karya artis grafiti, Jason ‘REVOK’ Williams telah digunakan tanpa izin oleh pihak H&M dan disebabkan itu, REVOK menerusi peguamnya menghantar surat cease and desist kepada H&M atas dasar ‘penggunaan karya seni beliau tanpa izin serta mengelirukan pengguna tentang hubungan kedua-dua pihak’.

Namun pihak H&M membalas balik surat berkenaan dengan menyaman REVOK dengan berkata karya REVOK adalah karya vandalisme dan beliau tidak mempunyai copyright untuk sebarang imej yang dilukisnya di tempat awam.

Disebabkan saman ini, artis terkenal Kaws menunjukkan rasa tidak puas hati beliau di laman Instagram. Rasa tidak puas hati itu hadir kerana H&M seperti tidak respect karya seni artis dan mengambil kesempatan atas karya seni artis berkenaan untuk keuntungan syarikat.

Kempen ini sebenarnya dibuat oleh sebuah agensi luar dan menurut agensi berkenaan, mereka telah meminta izin New York City Department untuk merakam kempen ini. Walaupun karya artis berkenaan dilabel vandalisme, tetapi ianya tidak bermakna lukisan berkenaan tidak mempunyai hak cipta.

H&M dikatakan telah menarik balik saman mereka terhadap REVOK. Ini bukan kontroversi pertama yang diterima H&M tahun ini. Sebelum ini kecoh tentang baju coolest monkey in the jungle serta beberapa isu produk baju H&M yang meniru logo dan rekaan jenama lain. Masa untuk H&M jadi lebih sensatif dan kreatif selepas ini?

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤