Ketika ini, boleh dikatakan ramai masih menggunakan aplikasi cari jodoh untuk mencari pasangan. Akan tetapi, anda seharusnya berhati-hati agar tidak menjadi mangsa penipuan.

Menurut laporan, seorang lelaki berusia 28 tahun dari Garut, Jawa Barat telah ditahan polis selepas tindakannya menipu 6 orang janda dengan menggunakan aplikasi cari jodoh terbongkar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pelaku tersebut bernama Yandi mengambil masa sebulan untuk mendekati mangsa-mangsanya. Yandi memberikan janji manis kepada mangsa dan juga mengajak melakukan hubungan seks serta meminta wang dengan alasan perlukan modal kerja.

Difahamkan, pelaku telah menukar nama beberapa kali, bermula dengan Reski, Ferizal, Helski, Roni serta Jayadi, dan hanya mahukan harta mangsanya. Menurut Ketua Polis Semarang, Irwan Anwar berkata bahawa pelaku mengaku bekerja di sebuah syarikat minyak dan kemudian dia mendapat kereta sewa dan berpura-pura kaya.

Malah, pelaku turut meminta wang kepada mangsa dan ada juga yang menyerahkan 80 juta rupiah (RM23,300) serta wang sewa kereta itu sebenarnya diperoleh daripada mangsa. Kesemua mangsa adalah janda muda yang kaya dan Yandi yang ditangkap pada 1 September lalu didakwa dengan Artikel 378 Kanun Jenayah atas penipuan serta berdepan hukuman penjara hingga empat tahun.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan penipuan pada pautan di bawah ini.

‘Lesap’ Selepas Terima Bayaran, Lelaki Ini Dedah Penipuan Peniaga Lotus Biscoff

Sukar ‘Scam’ Rakyat Malaysia, Penggodam Beralih Cari Mangsa Warga Singapura

Wanita Ini Dedah Taktik ‘Scammer’ Menyamar Doktor Untuk Tipu Mangsa Secara Atas Talian

Sumber