Berita baik untuk anda yang gemar travel, anda kini boleh mendapatkan discount untuk tiket penerbangan anda sebanyak 17% bersempena dengan ulang tahun ke-17 AirAsia.

Menariknya, kod promo ini menggunakan nama selebriti terkemuka tanah air, Neelofa dan beliau baharu sahaja berkongsikan kod promo ini di laman Twitter dan IG beliau. Anda boleh membuat tempahan bermula hari ini sehingga 5 Disember 2018 dengan menggunakan kod promo LOFA17.

Pastikan anda membuat tempahan dengan kadar segera kerana promo ini hanya berlangsung selama 3 hari sahaja. Untuk makluman anda, Neelofa merupakan satu-satunya selebriti yang memiliki kod promo yang istimewa ini bersama AirAsia.