Umum tahu, sudah beberapa bulan rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk merentas negeri tanpa syarat yang kukuh akibat penularan wabak COVID-19. Larangan ini dibuat dalam mengelakkan wabak ini terus menular sekiranya dibiarkan orang ramai bergerak dengan bebas.

Dalam pada itu, di sebalik larangan yang dibuat, masih terdapat sekumpulan individu yang mengambil langkah yang berbeza dengan menyewa ambulans swasta untuk merentas negeri ke Gemas, Negeri Sembilan.

Difahamkan ambulans yang disewa dinaiki oleh sebuah keluarga terdiri daripada seorang lelaki berusia 30 tahun bersama ibunya yang berusia 70 tahun serta dua lagi anak kecil untuk pulang ke kampung. Mereka dimaklumkan telah mengambil khidmat ambulans swasta yang datang mengambil mereka di Taman Bahagia dengan bayaran RM1,300.

Keluarga ini walau bagaimanapun berjaya dikesan pihak polis menerusi Sekatan Jalan Raya (SJR) di Kampung Tanjung Belenggu, Temeloh di mana keempat-empat mereka telah ditahan.

Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Mohd. Yusof, siasatan mengenai isu ini masih giat dilakukan dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam atas usaha menyalurkan bantuan dan kerjasama kepada pihak polis.

Selepas varian Delta, DG Hisham memaklumkan kemunculan varian Lambda sebagai varian baharu COVID-19.

Selepas Delta, DG Hisham Sahkan Kemunculan Lambda Sebagai Varian Baharu COVID-19

Orang Ramai Cemas Lihat Rakaman ‘Dashcam’ Kereta Nyaris Langgar Polis Di Selekoh

Anda Mungkin Suka