Jika ruang storan smartphone anda semakin penuh dengan gambar & video, ini adalah satu cara yang anda boleh cuba iaitu dengan menggunakan aplikasi Flickr. Melalui aplikasi ini, anda berpeluang mendapatkan 1TB ruang storan secara percuma. Best bukan?

Meskipun banyak pilihan cloud storage lain seperti Google Photos, Dropbox, iCloud dan sebagainya namun ia terhad kepada bayaran penggunaan storage. Jika 1TB sangat besar saiznya untuk gambar. Seandainya kita mahu menyimpan hingga 100,000 gambar pun tidak menjadi masalah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Turut ditawarkan pada pelbagai platform

Kadangkala kita fikir boleh simpan atau back up semua file di dalam PC atau external hard disk dan sebagainya, namun adakalanya kita tak sempat nak buat atau tak tahu gambar manakah yang wajar dibuang daripada smartphone.

Sekiranya anda seorang yang suka menyimpan dan berhasrat ingin melihat semula gambar semula untuk menggamit kenangan, anda tidak berkeseorangan. Kami juga begitu dan apa yang terjadi adalah ruang storan di smartphone akhirnya penuh tanpa disedari.

Paling menjadi masalah adalah apabila kita travel. Bayangkan ketika tengah seronok bergambar tiba tiba smartphone mengeluarkan notifikasi dimana ruang storan telahpun penuh. Pada masa itu mencari internet atau laptop untuk dipindahkan gambar yang diambil juga mungkin tidak sempat.

Melalui aplikasi Flickr kita boleh set auto upload setiap kali ada gambar atau video baru diambil. Boleh set auto upload guna wifi atau guna data telco. Boleh juga upload secara manual jika kita rasa tak semua file perlu dibackup.

Flickr juga membaca metadata setiap gambar kita supaya tidak berlaku gambar yang sama diupload berulang kali. Ia juga mengekalkan property gambar dalam keadaan asal tanpa ada unsur file compression dan sebagainya.

File compression dilakukan oleh Google Photos untuk servis unlimited storage mereka. Ini boleh menjejaskan sedikit kualiti gambar jika perlu disunting.

unnamed

Satu kelemahan Flickr ialah aplikasinya perlu diupdate selalu kerana masalah bugs. Flickr dibangunkan oleh Yahoo. Selepas Verizon membeli Yahoo, Flickr kelihatan terumbang ambing dan kurang berkembang seperti aplikasi lain yang dibangunkan oleh syarikat bebas seperti Google, Facebook atau Apple.

Namun cukuplah kalau kita nak guna untuk backup gambar dan video selagi storage tersebut percuma dan tak perlu risau baki storage yang tinggal. Pastikan default setting untuk akaun kita adalah private supaya semua gambar dan video kita adalah rahsia. Klik di sini untuk muat turun aplikasi Flickr buat Android dan iOS.