Di saat peminat-peminat industri seni tanah air masih lagi bersedih dengan berita pemergian arwah Abam, ada pula sesetengah dari mereka yang dilihat kurang sensitif mengenai kematiannya.

Bukan saja tidak menghormati kematiannya, malah ada beberapa ejen takaful yang menggunakan berita tersebut sebagai alat untuk memasarkan produk dan servis yang ditawarkan mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

photo_2020-02-11_09-42-38

photo_2020-02-11_09-42-36

photo_2020-02-11_09-42-30

photo_2020-02-11_09-42-25

Ejen-ejen ini dilihat cuba untuk menakut-nakutkan netizen dengan memberi bayangan apa yang akan mereka lalui sekiranya orang yang bertanggungjawab menguruskan makan minum mereka meninggal dunia secara tiba-tiba.

Untuk menghilangkan kerisauan itu, mereka dapat dilihat cuba mempromosikan perniagaan takaful mereka yang menawarkan hibah sekiranya ada perkara yang tidak diingini berlaku.

Hibah pada dasarnya adalah hadiah dan sesuatu yang diberikan kepada orang lain mengikut kehendak penderma. Dalam isu takaful pula, hibah merujuk kepada manfaat yang akan diterima waris sekiranya berlaku kemalangan atau kematian kepada peserta skim takaful tadi.

Walaupun dilihat berniat untuk memberikan peringatan kepada mereka-mereka di luar sana supaya ‘menyediakan payung sebelum hujan’, namun tindakan segelintir ejen-ejen ini mendapat kritikan daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan perkara tersebut.

Malah tindakan sesetengah ejen takaful yang mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain ini juga turut mendapat teguran daripada mereka yang menawarkan perkhidmatan takaful itu sendiri.

Walaupun tidak menafikan kematian atau kemalangan boleh berlaku bila-bila masa sahaja, namun ejen tersebut berharap agar rakan-rakan seperjuangannya lebih memahami perasaan keluarga mereka yang baru sahaja meninggal dunia.

“Memang benar tapi agak-agak la kan.. Diorang pun ada keluarga, sensitiviti perlu dihormati yea gaiss…

“Jaga la tatasusila dan jadliah ejen takaful yang saling hormat menghormati.. Cuba bayangkan kita ditempat mereka,” kongsi Khamisah AIA Takaful di Facebook.

Sepatutnya, semua ejen-ejen takaful mencontohi sikap yang dipamerkan Khamisah. Walaupun anda menawarkan perkhidmatan yang boleh memberikan perlindungan kepada keluarga sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku, namun anda juga harus memikirkan sensitivi perkara tersebut.

Lebih baik lagi jika ejen-ejen ini tidak melakukan kiriman-kiriman di media sosial untuk mempromosikan produk yang anda tawarkan berserta gambar-gambar si mati, kes-kes kemalangan dan kisah-kisah sedih ibu tunggal yang kematian suaminya.

Walaupun perkara tersebut tidak salah, namun ia dilihat kurang beretika dengan cubaan untuk menakut-nakutkan bakal pelanggan anda.

Arwah Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar  bin Syed Mohd Redzuan dilaporkan meninggal dunia di kediamannya pada semalam di Gombak. Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah dan semoga rohnya dicucuri rahmat. 

Pelawak Terkenal, Abam Bocey Meninggal Dunia

Penyanyi Terkenal Era 80-an Datuk Nassier Wahab Meninggal Dunia

Pencipta Animasi Keluang Man Dan Usop Santorian Meninggal Dunia