Selepas berkongsikan senarai penuh acara Olimpik Tokyo 2020 bulan lalu, Jepun telah mengumumkan sesuatu yang hebat; mereka mahu melancarkan Gundam ke angkasa lepas.

Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) telah mengumumkan Rabu lalu bahawa mereka telah bekerjasama dengan University of Tokyo untuk melancarkan model Gunpla ke angkasa tahun hadapan bersempena Olimpik Tokyo 2020.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pelajar dan staf di University of Tokyo bakal menghasilkan “G-SATELLITE” skala kecil untuk memuatkan patung Gundam dan Zaku di antara bulan Mac dan April 2020. Setelah ianya dilancarkan, G-SATELLITE akan menghantar mesej ke bumi; sama seperti satelit lain yang ada di angkasa.

G-SATELLITE ini akan berukuran 10cm x 10cm x 30cm dengan model Gundam dipasang di atas dan model Char Zaku di bahagian dalam cockpit. Kedua-dua model ini akan diwarnakan dengan resin khas yang dapat menghadapi keadaan persekitaran di angkasa lepas.

Lebih menarik adalah mata Gundam ini nanti akan berubah kepada 5 warna gelung olimpik. 7 kamera turut akan dipasang pada G-SATELLITE ini untuk merakam perjalanan satelit ini mengorbit bumi.

Walaupun ianya hanya pada skala kecil, tetapi ianya mungin permulaan sebelum Gundam bersaiz lebih besar pula akan dilancarkan ke angkasa. Jepun dan awesome tidak mampu dipisahkan.