Debut Gundam RX-78-2 dalam filem Ready Player One telah mengujakan beberapa peminat yang inginkan filem live action secara solo. Ini ada berita baik peminat-peminat siri franchise Gundam diluar sana. Studio Legendary Pictures dan Sunrise yang merupakan studio animasi dari Jepun mereka telah mengumumkan untuk menghasilkan filem live action Gundam tidak lama lagi.

Mereka umumkan kerjasama ini di satu acara Anime Expo 2018 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika baru-baru ini. Syarikat ini telah membangunkan hampir 40 tahun telah menghasilkan pelbagai bentuk siri dihasilkan seperti siri anime, manga, novel dan mempunyai peminat diserata dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Meskipun plot cerita untuk filem ini masih belum diketahui tetapi filem ini mengambilkan latar belakang era universe century dan projek ini bakal diketuai oleh Cale Boyter daripada Legendary Pictures. Tak sabar rasanya ingin menonton filem ini ingin melihat model terkenal seperti RX-0, RX-0 Banshee, Exia, Strike Freedom dan beberapa lagi model lain beraksi.