Jepun merasakan ia bukan masa yang terbaik untuk mengasilkan kereta terbang pada tahun 2020. Jadi, mereka hasilkan sesuatu yang lebih realistik dan ‘mudah’ untuk dihasilkan; Gundam Factory pertama yang akan dibina di Yokohama.

Gundam Factory ini akan dibina di Yamashita Pier, Yokohama di mana model RX-78-2 dalam skala sebenar akan dibina. Lebih menarik, model Gundam ini bukan hanya patung semata-mata tetapi boleh bergerak. Konsep dan pelan Gundam ini juga diumumkan secara live 19 Januari yang lalu menerusi YouTube.

233093048
HYPE
Idamkan Rekaan Rumah Yang Memukau, Ini Sebab Utama Anda Perlu Terjah Ke REX Expo
Baca lagi →

Satu acara khas turut dirancang pada Julai dan Ogos 2020 di mana peminat setia dapat melihat progress kilang ini disiapkan dan dapat melihat pembinaan RX-78-2 di dek khas yang dipanggil Gundam-Dock Tower. Tiket untuk anda melihat progress ini akan dijual pada April 2020 nanti.

Gundam boleh bergerak ini merupakan kerjasama antara jurutera robotik yang mahukan patung setinggi 18 meter ini menjadi kenyataan. Untuk yang tidak tahu, RX-78-2 ini adalah model paling ikonik dalam siri Gundam dan ia juga pernah muncul dalam filem Ready Player One. Anda boleh lihat perlawanan antara RX-78-2 dan Mechagodzilla dalam fomat 4K dalam video di bawah.

Bukan itu sahaja, Gundam Factory Yokohama turut akan dilengkapi kafe khas dengan tema Gundam serta kedai merchandise untuk semua peminat setia Gundam. Jika anda mahu melihat Gundam pada skala sebenar, sudah boleh buat tempahan tiket penerbangan bermula October 2021. Ayuh!

Ini pula beberapa kolaborasi antara jenama terkemuka dunia seperti G-Shock bersama Gundam sepanjang tahun lalu.

G-Shock Hasilkan Koleksi Edisi Terhad Bersama Gundam Sempena Ulang Tahun Ke-40

Lihat Kasut Rasmi Gundam Hasil Ciptaan Syarikat China 361°

Gundam Bakal Dilancarkan Ke Angkasa Sempena Olimpik Tokyo 2020

Anda Mungkin Suka