Binaan patung Gundam berskala penuh di Jepun bukanlah sesuatu yang baharu. Sekiranya anda melawat bandar Odaiba di Tokyo, anda akan dapat melihat sendiri patung Gundam RX-0 Unicorn yang boleh dibuka perisainya untuk mod Destroy Mode.

Gundam Factory Yokohama mengumumkan bahawa pihak mereka bakal membina sebuah lagi patung Gundam berskala penuh baharu yang akan diletakkan di Yamashita Pier, Yokohama pada musim panas tahun 2020 nanti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Gundam Factory

Projek ini bukan sahaja direka khas bersempena acara Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, malah ia juga sebagai sambutan ulang tahun ke-40 siri anime Gundam ciptaan Yoshiyuki Tomino pada tahun 2020.

Gundam Factory Yokohama juga berkata bahawa pihak mereka akan bekerjasama dengan kerajaan bandar Yokohama untuk membina patung Gundam RX78-2 ini dan ia juga akan hadir dengan kebolehan untuk bergerak yang lebih banyak berbanding model rekaan yang dibina sebelum ini. Jika anda akan ke sukan Olimpik Tokyo pada 2020 nanti, sempatlah untuk melihat Gundam terbaru ini.