Siapa sahaja pastinya tidak berani untuk menyelusuri jalan atau terowong yang berisiko untuk kemalangan jiwa. Namun, tahukah anda bahawa di China terdapatnya satu jalan terowong yang paling bahaya untuk ditempuhi dikenali sebagai Guoliang Tunnel?

Bagi anda yang belum tahu, Guoliang Tunnel ini merupakan terowong yang dibina di dalam tebing curam pergunungan Taihang yang terletak di wilayah Tiongkok.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walaupun disebut sebagai jalan yang mengerikan oleh orang China, namun mereka masih menggunakan jalan ini untuk menghubungkan sebuah desa ke desa yang lain. Sebelum ia dibina, masyarakat setempat perlu mendaki tebing gunung untuk ke desa lain.

5d842a18a310cf3e979d1d40
Sumber: China Daily

Meskipun berdepan risiko yang tinggi, namun yang berpendapat ia berbaloi kerana mereka yang menggunakan jalan terowong ini akan disajikan dengan panorama hutan serta alam semula jadi yang menakjubkan.

Menurut halaman BBC Travel, terowong ini dianggarkan berukuran sejauh sekitar 1.2 kilometer, mempunyai 4 meter lebar jalan dan hanya berketinggian 5 meter. Paling mengerikan, sebahagian terowong tidak mempunyai pengadang jalan untuk keselamatan pengguna.

Tambah menarik, terowong ini telah dibina pada 1972 hingga 1977 dengan tenaga kerja paling ramai yang diwakili penduduk daripada 13 buah kampung yang berdekatan. Difahamkan, dalam tempoh 5 tahun terowong ini sudah siap dibina atas kerjasama penduduk setempat dengan hanya menggunakan bahan peledak, tukul dan pahat besi.

guoliang-tunnel-china
Sumber: Daily Mail

Bukan sahaja sebagai laluan awam bahkan terowong ini juga dibuka untuk dijadikan daya tarikan para pelancong yang bercuti di China. Paling mengujakan, khidmat bas persiaran akan digunakan bagi membawa pelancong menyelusuri liku-liku terowong yang berisiko untuk ‘memakan nyawa’ ini.

Namun di sebalik kisah keunikannya, ada kisah gelapnya kerana dikhabarkan ramai orang setempat telah terkorban di saat membina terowong yang berbahaya ini. Malah, banyak sisa-sisa tengkorak mereka ini bertaburan di bawah gaung gunung ini.

Sebenarnya, pemimpin tempatan sudah mengeluarkan kenyataan untuk melarang penduduk tempatan untuk menggunakan terowong berbahaya ini sebagai laluan utama namun penduduk tiada pilihan lain dan perlu guna terowong ini untuk berhubung dengan dunia luar. Jika diberikan cabaran, adakah anda sanggup untuk lalu di terowong yang berbahaya ini?

Sementara itu, baca lagi perkongsian daripada kami mengenai isu semasa berkaitan travel menerusi pautan di bawah.

AirAsia Buktikan Prestasi Semakin Baik Sepanjang Suku Terakhir 2020

Mahu Elakkan Penularan COVID-19, Aktiviti Mendaki Gunung Kinabalu Ditutup Sementara Waktu

Mahu Buka Pintu Sempadan, Thailand Bakal Mansuh Kuarantin Wajib Bagi Pelancong Sudah Terima Vaksin

 

Sumber