Minggu ini sememangnya minggu yang tragis buat rakyat Malaysia. Angka pesakit COVID-19 dilihat terus mencatat angka kes tertinggi hampir setiap hari manakala jumlah kematian juga turut meningkat sekaligus membuatkan ramai individu kehilangan ahli keluarga.

Di sebalik usaha orang ramai yang bekerja keras dalam membendung penularan wabak COVID-19, seorang pengguna Twitter iaitu Dr. Rafidah Abdullah berjaya mencuri perhatian ramai apabila ‘bergurau’ mengenai kematian pesakit COVID-19.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/rafidah72/status/1398606762907901952

Semuanya bermula apabila seorang pengguna Twitter memaklumkan katil ICU hampir penuh dengan pesakit COVID-19. Di sebalik tweet dalam memberi kesedaran orang ramai ini, Dr. Rafidah tampil dengan tweet ‘Tu 98 dikosongkan’ beserta emoji sekaligus membuatkan para netizen kurang senang dengan gaya doktor ini yang tampak kurang sensitif terhadap ahli keluarga mangsa pesakit yang maut disebabkan COVID-19.

Menerusi tweet daripada Dr. Rafidah berkenaan, rata-rata netizen tampil memaklumkan kepada doktor berkenaan untuk tidak berjenaka mengenai kematian atau membuat lawak sarkastik.

Tidak kurang juga yang berkongsi kesedihan yang terpaksa diharungi ahli keluarga tatkala doktor ini membuat jenaka terhadap pesakit COVID-19 yang maut.

https://twitter.com/1Obefiend/status/1398835062490107905

Sehubungan dengan itu, melihat kepada keadaan semasa di mana orang ramai sedang dalam fasa yang sukar dalam meneruskan kehidupan baik dari segi mencari rezeki mahupun memastikan kesihatan sentiasa terjaga, adalah dinasihatkan untuk tidak berkongsi sebarang kenyataan yang mampu mengundang sensitiviti orang ramai baik di media sosial.

Pelitup muka YB Tajuddin bernilai RM1,699 berjaya menjadi perhatian netizen baru-baru ini selepas teknologi pembersihan udara yang tersedia.

Dilengkapi Teknologi Pembersihan Udara, Pelitup Muka Bernilai RM1,699 YB Tajuddin Jadi Perhatian Netizen

Malaysia Antara 19 Negara Yang Berpotensi ‘Hancur’ Akibat Wabak COVID-19, Lapor Data Antarabangsa