Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Semalam kita dikejutkan dengan berita terhempasnya pesawat komersial Sriwijaya Air yang terputus hubungan selepas berlepas dari ibu kota Jakarta menuju ke Pontianak.

Berita dari negara jiran Indonesia diterima dengan dukacita oleh rakyat Malaysia, pastinya ini bukan berita yang kita mahu dengar pada permulaan tahun 2021.

Terbaharu, seorang netizen Indonesia dengan nama @papicholik telah berkongsi satu mesej terakhirnya bersama dengan salah seorang mangsa tragedi terhempasnya kapal Sriwijaya Air.

Dia yang berkongsi ciapan “From this to this” di laman Twitternya berkata, “Gurauan kau tidak kelakar, aku baru bangun tidur langsung menangis.”

Di dalam muat naik gambar Whatsapp, dia dan mangsa membalas ucapan terakhir sebelum mangsa naik pesawat dan menuju ke Pontianak.

Namun, ucapan “jaga diri” dan “semoga penerbangan selamat” berakhir dengan berita tragedi apabila media Indonesia melaporkan terhempasnya kapal terbang Sriwijaya Air.

“Ini kau kan? Kau tak boleh pergi, kita baru sahaja bertemu,” katanya dalam satu hantaran mesej yang tidak langsung akan dibalas.

Ciapan lelaki ini telah mendapat perhatian ramai dan dikongsi lebih dari 6,000 pengguna Twitter. Rakyat Indonesia dan Malaysia turut memberikan mesej takziah kepadanya.

“Aku faham bagaimana rasanya kehilangan seorang sahabat, turut berduka cita ya,” kata Metta.

“Turut berduka, kalau aku jadi kamu pasti aku akan menangis sambil berfikir. Kamu kuat ya. Sentiasa berdoa semoga roh ditempat bersama yang terbaik oleh Allah,” tulis Sasya Levi

“Erti patah hati yang sebenar, semoga semua yang ditinggalkan mampu tabah dan ikhlas. Semoga mangsa diberi tempat terbaik disisi-Nya,” kata Dita.

Pesawat jenis Boeing 737-500 yang membawa 62 penumpang dan anak kapal itu dilaporkan terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta,jam 2.36 petang waktu Indonesia Barat.

Kontak terakhir pesawat itu dengan menara kawalan udara adalah pada jam 2.40 petang waktu Indonesia Timur. Pesawat itu dijadualkan tiba di Pontianak, jam 3.15 jam waktu Indonesia Timur (4.15 waktu Indonesia Barat).

Terdahulu, pakar mendakwa telah menemui lokasi nahas MH370. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Pakar Dakwa Temui Lokasi Nahas MH370, Mohon Pencarian Dimulakan Segera

Anda Mungkin Suka