Tatkala ramai pelajar yang bersungguh-sungguh untuk mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran dari rumah dek kerana situasi pandemik ketika ini, lain pula ceritanya dengan dua pelajar dalam laporan ini.

Dua pelajar itu difahamkan menyiarkan video dan gambar lucah oleh kedua-duanya ketika mereka sedang mengikuti proses pembelajaran dalam talian itu bersama guru dan rakan-rakan yang lain, seperti dilaporkan Malaysiakini.

japan featured
HYPE
14 ‘Hidden Gem’ Wilayah Tohoku Di Utara Jepun Yang Pelancong Malaysia Perlu Cuba
Baca lagi →
23

Foto: Malaysiakini

Menurut salah seorang guru yang hanya mahu dikenali sebagai Cikgu N dari Kepong, murid tersebut mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyiarkan video lucah melalui Google Meet.

“Murid mengganggu proses PdPR yang menggunakan platform Google meet dengan menyiarkan video lucah.

“Perkara ini dilakukan oleh murid tingkatan satu, mereka berani berbuat demikian kerana mereka belum bersemuka dengan guru,” katanya kepada Malaysiakini.

Manakala seorang lagi guru yang enggan namanya didedahkan turut mengakui menghadapi masalah sama dan tambah mengecewakan sesi yang dikendalikannya ketika itu disertai lebih 100 murid lain.

“Saya terkejut dengan kejadian yang tidak diingini, apatah lagi ketika itu pelajar murid-murid sekitar 100 orang sedang mengikuti pembelajaran.

“Disebabkan seorang murid nakal yang buat hal, habis sesi pembelajaran terpaksa dihentikan,” katanya.

Kejadian berkenaan bagaimanapun menurut laporan tersebut telah pun dimaklumkan kepada pihak berwajib.

Baca juga perkongsian semasa dalam negara yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Tidak Mahu Pekerja Hilang Kerja, Pengusaha Hotel Ini ‘Turun Padang’ Jual Makanan Serendah RM3

Buat Pusingan-U Secara Merbahaya, ‘Pensyarah’ Ini Maki Dan Doakan Pemandu Lain Dijangkiti COVID-19

Pegawai Daerah Dan Ketua Polis Semporna Beri Penjelasan Mengenai Isu Ebit Lew

Anda Mungkin Suka