Seorang guru di Sekolah Menengah Youngshin di Bandar Pohang di Korea Selatan telah dipenjarakan selepas seorang pelajar bertindak membunuh diri kerana dimarahi dan dimalukan oleh guru terbabit di hadapan kelas.

Guru sekolah yang tidak dikenali itu disabitkan dengan kesalahan penderaan ke atas kanak-kanak dan dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan dan lesen mengajarnya digantung selama 5 tahun pada 26 April lalu.

BeFunky-collage (80)
HYPE
Nikmati Ais Krim Terbaru Paddle Pop Minions Caramel And Chocolate
Baca lagi →

Laporan oleh beberapa media Korea Selatan mengatakan bahawa dia memalukan pelajar Kim Gun Woo di depan seluruh kelas setelah menangkap pelajar terbabit membaca novel dengan gambar perempuan berbikini.

Pelajar tersebut dilaporkan kecewa dengan tindakan guru tersebut sehingga meragut nyawanya sendiri pada hari yang sama.

Walaubagaimanapun, hukuman itu disambut dengan pelbagai reaksi dari umum. Ada yang menuduh guru tersebut membuli pelajar terbabit, manakala yang lain menyuarakan ketakutan bahawa ia boleh menghalang tugas guru untuk mendisiplinkan pelajar.

Peristiwa tragis yang menyebabkan kematian Kim berlaku semasa kelas Pendidikan Sivik pada 25 Mac 2019. Kim ditangkap oleh gurunya ketika membaca novel Wise Man’s Child, sebuah novel manga ringan oleh pengarang Jepun Tsuyoshi Yoshioka.

Siasatan lanjut menunjukkan bahawa guru tersebut telah memberi kebebasan kepada para pelajar untuk menghabiskan kelasnya dengan membaca, tetapi guru itu dilaporkan mempunyai masalah dengan pilihan bahan bacaan Kim.

Buku itu mempunyai gambar gadis yang berpakaian terdedah dan Kim dilaporkan telah meminjam buku itu dari rakan sekelasnya. Guru tersebut memanggil Kim  ke hadapan kelas dan memarahinya kerana membaca buku yang tidak berfaedah, guru itu turut menuduhnya “melihat gambar gadis nakal dengan bikini”. Sebagai hukuman, dia meminta Kim untuj melakukan push-up di hadapan rakan-rakannya selama 20 minit.

Kim yang merasa seperti dihina bertindak memencilkan dirinya di dalam kelas, dia juga tidak keluar dari kelas sewaktu subjek pendidikan jasmani. Selepas itu dia memilih untuk duduk di bahagian belakang kelas. Menulis mesej di buku teks sivik sebelum melompat dari tingkat 5 dan mengakhiri hidupnya sendiri.

“Saya tidak mahu hidup lagi … Terima kasih kerana memberi alasan yang baik kepada rakan sekelas saya untuk mengganggu dan membuli saya. Anda bahkan tidak tahu apa itu novel ringan. Ini adalah keseluruhan sub budaya, tetapi anda tidak peduli. Bagaimana anda tahu bahawa mereka tidak sesuai? Saya tahu saya tidak salah dalam hal ini … tetapi anda telah melanggar privasi saya dan saya merasa terhina sepenuhnya. Tolong jangan memarahi [rakan sekelas yang meminjamkan buku kepadanya] …” Pesan terakhir Kim.

Setahun selepas kematian pelajar itu, Hakim Mahkamah Daerah Daegu Shin Jin Woo mengeluarkan keputusan terhadap guru tersebut ; 10 bulan penjara dan 5 tahun lesen mengajarnya digantung.

“Tertuduh bersalah kerana secara psikologi mendera pelajar dan menyebabkan dia meragut nyawanya sendiri. Ditambah lagi, tertuduh juga menunjukkan bahawa dia tidak berminat untuk berbincang dengan keluarga korban sebelum itu, jadi keputusan itu tidak dapat dielakkan,” hakim memotivasi keputusannya.

Laporan lebih lanjut mengatakan bahawa guru “tidak menunjukkan penyesalan atas tindakannya” dan sebaliknya “menyalahkan keluarga Kim kerana membiarkan Kim membaca” buku seperti itu “di sekolah.”

Dia juga mempertahankan tindakannya sebelum ini dengan mengatakan kepada mahkamah bahawa “selama bertahun-tahun mengajar di sekolah, Kim adalah orang pertama yang mengambil nyawanya sendiri”.

Untuk bacaan lanjut laporan lain, klik pautan di bawah.

Cubaan Bunuh Diri Ala Hollywood Yang Gagal Di Sabah

‘Stress’ Tangani Pesakit COVID-19, Doktor Di New York Bunuh Diri

Bekas PM Australia Dedah Kerajaan Malaysia ‘Tahu’ MH370 Adalah Jenayah Bunuh Diri

Anda Mungkin Suka