Pasti anda pernah berdepan situasi sedih semasa zaman persekolahan apabila guru kesayangan pindah ke tempat lain atau tempoh perkhidmatan mereka sudah tamat.
Pada waktu itu mungkin ada pelajar yang memberikan hadiah sebagai kenangan kepada guru kesayangan mereka. Selalunya hadiah seperti bunga, cawan ataupun pen menjadi pilihan pelajar untuk dihadiahkan kepada guru.
Tetapi lain pula hadiah yang diterima oleh seorang guru sandaran yang telah berkhidmat selama 2 bulan di Sk Sg Telor ini. Melalui satu posting di Twitter @fitriazmann, beliau berkongsi hadiah paling ‘rare’ yang beliau terima daripada seorang muridnya iaitu beyblade.
lepas 2 bulan berkhidmat sebagai guru sandaran di SK Sg Telor, ada beberapa murid tahun 1 dan 3 beri hadiah kepada aku. Aku rasa tertarik dgn satu hadiah yg diberikn oleh ketua kelas tahun 3 Tekun sebab dia bagi hadiah beyblade. Bila baca surat yg dia tulis, baru tahu sebabnya. pic.twitter.com/IPrb33Piwt
— π΅ππππ (@fitriazmann) September 17, 2019
Menurutnya, semasa hari terakhir beliau di sekolah tersebut, ada beberapa murid tahun 1 dan 3 memberikan hadiah kepada beliau tetapi hadiah daripada pelajar bernama Taufiq ini paling menarik perhatiannya.
Malah, beliau sebak dan terharu selepas membaca nota ringkas yang ditulis oleh Taufiq di bahagian pembalut hadiah tersebut. Rupa-rupanya beyblade ini merupakan βBeybladeβ kesayangan pelajar tersebut. Beliau berterima kasih untuk hadiah tersebut dan berharap pelajarnya ini akan menjadi manusia berguna suatu hari nanti.
Inilah murid bernama Taufiq tu. Mr takkan lupakan kamu. Mr nak ucapkan terima kasih kerana menghargai Mr sebesar ini. Kamu mmg murid yg berjiwa besar dan baik. Selama 2 bulan, Mr cuba berikn yg trbaik,Mr doakan kamu membesar menjadi manusia yg cemerlang dunia dan akhirat amin pic.twitter.com/ugrgfI7Hj8
— π΅ππππ (@fitriazmann) September 18, 2019
Posting tersebut telah mendapat lebih 7,000 perkongsian serta lebih 9,000 tanda suka dan ramai netizen yang turut terharu dengan pemberian ikhlas muridnya ini.
People giving you the things that they love showed you how much your value is to them.. good luck in the future cikguβοΈ
— Ashfan (@Md_Ashfan) September 18, 2019
I cried, seriously.
Cikgulah antara org2 yg aku tak pernah lupa dalam doa2 aku. Terima kasih cikgu. Cikgu yg baik, ikhlas mendidik akn sentiasa kekal dalam hati anak muridnya, trust me. Garang takde masalah, as long as you're a good teacher, you'll remain on your student's heart https://t.co/WguKz9spuG
— Baymax (@ainey_luffy) September 19, 2019
Yep betul lah budak tu cakap. Kalau nak sedekah atau hadiahkan sesuatu barang. Bagi lah benda yang bila kita tgk kita rasa cantik atau memang kita sayang. Itu baru dinamakan hadiah seikhlas hati. Tapi jangan bagi bini yang korang sayang pulak. Dayus nanti
— Nugget (@HarizSaharuddin) September 18, 2019
Same like me. My previous student bagi anak patung yang dia paling sayang. Terharu kot. Sebenarnya, bukan hadiah tu yg penting, tp keikhlasan tu, terasa di hati. And student ni masih lg call aku guna public phone asrama, serious terharu! pic.twitter.com/ZajRuVSwPl
— Sazwani (@ImanQurrotuaini) September 18, 2019
Bagaimanapun, beliau mengakui berat hati untuk meninggalkan murid-muridnya terutama dengan penghargaan tinggi yang diberikan kepadanya. Beliau turut mendoakan semoga kesemua anak muridnya cemerlang dunia akhirat serta membesar menjadi manusia yang berguna dan mempunyai nilai murni yang tinggi di dalam diri mereka. Pengalaman manis ini membuatkan beliau rasa lebih bersemangat dan bermotivasi untuk terus berbakti sebagai pendidik.
Tahukah anda bahawa guru di Malaysia tersenarai sebagai pendidik paling berdedikasi di dunia. Klik pautan di bawah.
Guru Malaysia Tersenarai Sebagai Pendidik Paling Berdedikasi Di Dunia
Lihat Kegigihan Guru Di Ghana Ini Mengajar ‘Microsoft Word’ Tanpa Komputer
Kemerduan Guru Ini Dendangkan Syair Merdeka Curi Perhatian Netizen
- SUMBER
- fitriazmann