Pasti anda pernah berdepan situasi sedih semasa zaman persekolahan apabila guru kesayangan pindah ke tempat lain atau tempoh perkhidmatan mereka sudah tamat.

Pada waktu itu mungkin ada pelajar yang memberikan hadiah sebagai kenangan kepada guru kesayangan mereka. Selalunya hadiah seperti bunga, cawan ataupun pen menjadi pilihan pelajar untuk dihadiahkan kepada guru.

Tetapi lain pula hadiah yang diterima oleh seorang guru sandaran yang telah berkhidmat selama 2 bulan di Sk Sg Telor ini. Melalui satu posting di Twitter @fitriazmann, beliau berkongsi hadiah paling ‘rare’ yang beliau terima daripada seorang muridnya iaitu beyblade.

https://twitter.com/fitriazmann/status/1173896740048527360

Menurutnya, semasa hari terakhir beliau di sekolah tersebut, ada beberapa murid tahun 1 dan 3 memberikan hadiah kepada beliau tetapi hadiah daripada pelajar bernama Taufiq ini paling menarik perhatiannya.

Malah, beliau sebak dan terharu selepas membaca nota ringkas yang ditulis oleh Taufiq di bahagian pembalut hadiah tersebut. Rupa-rupanya beyblade ini merupakan ‘Beyblade’ kesayangan pelajar tersebut. Beliau berterima kasih untuk hadiah tersebut dan berharap pelajarnya ini akan menjadi manusia berguna suatu hari nanti.

Posting tersebut telah mendapat lebih 7,000 perkongsian serta lebih 9,000 tanda suka dan ramai netizen yang turut terharu dengan pemberian ikhlas muridnya ini.

https://twitter.com/Md_Ashfan/status/1174111292614856704

https://twitter.com/HarizSaharuddin/status/1174134334078382080

Bagaimanapun, beliau mengakui berat hati untuk meninggalkan murid-muridnya terutama dengan penghargaan tinggi yang diberikan kepadanya. Beliau turut mendoakan semoga kesemua anak muridnya cemerlang dunia akhirat serta membesar menjadi manusia yang berguna dan mempunyai nilai murni yang tinggi di dalam diri mereka. Pengalaman manis ini membuatkan beliau rasa lebih bersemangat dan bermotivasi untuk terus berbakti sebagai pendidik.

Tahukah anda bahawa guru di Malaysia tersenarai sebagai pendidik paling berdedikasi di dunia. Klik pautan di bawah.

Guru Malaysia Tersenarai Sebagai Pendidik Paling Berdedikasi Di Dunia

Lihat Kegigihan Guru Di Ghana Ini Mengajar ‘Microsoft Word’ Tanpa Komputer

Kemerduan Guru Ini Dendangkan Syair Merdeka Curi Perhatian Netizen

Sumber