Pandemik COVID-19 ketika ini bukan sahaja memberi kesan kepada sektor kesihatan malah turut menghentikan seketika beberapa aktiviti penting lain seperti persekolahan dan pengajian tinggi di seluruh dunia.

Bagaimanapun, penularan wabak itu di Malaysia yang menyaksikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terpaksa dilaksanakan sejak hampir sebulan yang lalu tidak menghalang komuniti pendidik dan pensyarah dalam melakukan aktiviti pengajian dan pembelajaran mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkara itu terbukti apabila netizen pada semalam mula memuat naik satu tangkap layar aplikasi Whatsapp – yang menunjukkan apa yang kelihatan seperti statistik kadar carian yang tinggi untuk medium pengajaran dan pembelajaran atas talian.

Tangkap layar tersebut difahamkan merupakan statistik carian kata kunci ‘Google Classroom’ di seluruh dunia, namun tidak dapat dipastikan tempoh sebenar statistik tersebut.

Google Classroom adalah perisian pengajaran dan pembelajaran atas talian yang dikendalikan Google dan sering digunakan sebagai pilihan komuniti pendidik dalam melakukan aktiviti pembelajaran atas talian.

Secara mudahnya, ia digunakan sebagai platform buat para guru memberikan tugasan dan memantau proses pembelajaran terutama di tengah-tengah situasi pandemik COVID-19 ketika ini.

Carian Google Classroom popular di Malaysia

Untuk mengesahkan dakwaan netizen, kami kemudiannya melakukan semakan di laman Google Trends bagi mencari penggunaan kata kunci Google Classroom di negara mana yang paling popular di dunia ketika pandemik ini.

Untuk mengetahui statistik penggunaan, pihak kami menetapkan tarikh mula kadar carian sejak PKP berlangsung di negara kita sejak 18 Mac atau sebulan yang lalu.

trends
Trend carian ‘Google Classroom’ di seluruh dunia sejak PKP dilaksanakan di Malaysia

Hasil semakan mendapati carian kata kunci Google Classroom adalah paling popular di Malaysia sejak PKP dilaksanakan di negara kita dan ia menunjukkan kadar minat yang tinggi dalam kalangan komuniti terlibat seperti guru dan murid terhadap perisian tersebut.

Bagaimanapun, statistik yang dipamerkan Google Trends ini hanya menunjukkan kadar populariti sesuatu kata kunci atau carian dan dalam kes ini ia adalah Google Classroom.

Trend dan statistik ini bagaimanapun tidak dapat menentukan kadar penggunaan sebenar perisian tersebut dalam kalangan pengguna.

Tetapi jika trend carian sahaja sudah menunjukkan minat atau interest yang tinggi dalam kalangan pengguna atau dalam situasi ini guru dan murid di Malaysia, adalah selamat untuk mengatakan mereka sebenarnya berusaha untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran walaupun terkekang dengan PKP ketika ini.

Guru adalah insan yang sangat berdedikasi dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Baca kisah guru dari Sabah ini yang memikul peti ais sejauh 10KM demi keselesaan anak muridnya. 

Tiada Laluan Kenderaan, Guru Ini Pikul Peti Ais Sejauh 10KM Demi Anak Murid Di Pedalaman

Guru Ini Sebak Terima Hadiah ‘Rare’ Daripada Anak Muridnya

Sumber