Semalam akhbar tempatan, The Star melaporkan sebuah kajian oleh pelajar tahun akhir jurusan pendidikan di Cambridge Assessment International Education mengenai kesungguhan guru dalam memberikan pendidikan yang terbaik kepada murid.

Hasil kajian tersebut telah diterbitkan dalam laporan Global Education Census 2018 melibatkan 10 buah negara seperti Argentina, China, India, Indonesia, Malaysia, Pakistan, Arab Saudi, Sepanyol, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat. Daripada keseluruhan responden, seramai 477 murid dan 634 guru dari Malaysia telah mengambil bahagian dalam kajian tersebut.

BeFunky-collage-42
HYPE
Pengalaman Berharga, McDonald’s Tawar Peluang Untuk Anda ‘Spend Time’ Bersama Finalis AJL 35
Baca lagi →
guru

Sumber: Selangorkini

Beberapa kriteria yang terlibat dalam kaji selidik seperti pembelajaran dalam kelas, penggunaan alat bantu mengajar, penggunaan teknologi dalam pelajaran dan pembelajaran, aktiviti ko-kurikulum, aspirasi murid dan motivasi guru.

Menurut hasil kajian tersebut mendapati 3 daripada 4 orang guru akan mengadakan kelas tambahan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran demi memastikn murid menguasai sesuatu subjek dengan lebih baik.

Usaha ini pastinya melayakkan guru-guru di Malaysia diiktiraf sebagai antara guru paling beredikasi di dunia. Tahniah kepada guru-guru di Malaysia. Sudahkah anda mengucapkan terima kasih kepada guru anda?

Anda Mungkin Suka