Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bukan senang menggalas tugas sebagai seorang pendidik, terutama bagi mereka yang bergelar guru. Jika dibandingkan cabaran mengajar zaman dahulu dan sekarang memang jauh sungguh bezanya, lebih-lebih lagi dalam mendidik generasi pintar pada hari ini.

Menyahut cabaran dengan berani, satu pendekatan kreatif dilakukan oleh Vulcan Chong Weng Hon, 25 tahun yang merupakan seorang guru di sebuah pusat tuisyen terkenal di Taman Taynton View, Cheras apabila memilih untuk menyanyi ketika mengajar subjek sejarah.

Mungkin ramai dikalangan kita beranggapan subjek sejarah adalah mata pelajaran yang membosankan. Namun, dengan pendekatan sebegini subjek sejarah tidak lagi membosankan malah bertukar menjadi seronok. Bersesuaian dengna lumrah manusia yang suka hiburan, Ching Weng adalah bukti kita juga mampu belajar sambil berhibur.

Dengan hanya berbekalkan gitar klasik dan buku teks sejarah, setiap topik atau bab yang ada digubal dengan lagu-lagu popular yang menjadi trend terkini golongan muda. Menurut Chong, idea untuk mencipta lagu daripada silibus buku teks Sejarah itu terhasil sejak bulan Mac lepas bertujuan bagi memudahkan pelajar-pelajarnya memahami jalan cerita dalam mata pelajaran itu.

Kebiasaannya, setiap lagu mengambil masa dua minggu untuk disiapkan. Pada mulanya Chong menggunakan perkataan-perkataan dalam bahasa Mandrin bagi memudahkan pemahaman pelajar yang kebanyakannya berbangsa Cina. Namun, setelah memuat naik video pertama ke dalam YouTube, ia mendapat sambutan yang baik dan menerima permintaan untuk menggunakan lirik bahasa Melayu pula.

Inisiatif ini bukan sahaja menarik perhatian masyarakat Malaysia, malah menerima feedback yang positif di Singapura.

Anda Mungkin Suka