Tugce Albayrak, 22 tahun telah membantu dua orang remaja dari gangguan lelaki di dalam tandas perempuan McDonald setelah mendengar mereka berdua menjerit. Tugce berjaya menyelamatkan mereka dan ini membuatkan 3 orang lelaki itu berasa bengang.

A photograph of Tugce Albayrak is placed among flowers on her grave at a cemetery in Bad Soden-Salmuenster

SuperPark
HYPE
28 Aktiviti Awesome Yang Anda Boleh Cuba Di ‘SuperPark Malaysia’
Baca lagi →

Tanpa pengetahuan Tugce, kumpulan lelaki yang sama dengan kejadian sebelum itu telah menunggunya di luar McDonald. Semasa Tugce tiba di kawasan tempat kereta, lelaki-lelaki itu telah menyerang Tugce. Semua kejadian ini berlaku di Offenbach, berdekatan Frankfurt, Jerman pada pertengahan November lalu.

Pita rakaman dari CCTV di kawasan kejadian

Sejak kejadian itu, Tugce koma kerana pendarahan otak akibat dipukul oleh sekumpulan lelaki itu hingga dia jatuh terbaring di atas jalan dengan kepala berdarah.

Ahli keluarganya telah memutuskan untuk memberhentikan mesin life support Tugce pada hari jadinya yang ke-23 pada 28 November 2014 selepas doktor kata tiada peluang untuk Tugce kembali sedar.

Rally for student Tu?çe

Kematian Tugce membuatkan seluruh rakyat Jerman bersedih dan berkabung di atas kematiannya. Tugce diiringi hampir 1,000 orang yang menghadiri majlis pengebumian Tugce di tanah perkuburan Bad Soden-Salmuenster pada 3 Disember 2014.

_79492594_79492593

Malah, majlis pengebumian Tugce mendapat liputan siaran TV secara langsung. Hal ini kerana keberanian Tugce mempertahankan orang yang bukan seagamanya membuka mata kepada rakyat Jerman yang sememangnya ada masalah integrasi dengan orang Islam.

Presiden Jerman Joachim Gauck menggambarkan Cik Tugce Albayrak dalam surat takziah kepada keluarga beliau sebagai seorang wanita muda yang telah menunjukkan “keberanian dalam cara teladan” dan berkata beliau akan sentiasa kekal sebagai “role model”.

Status terakhir Facebook Tugce Albayrak

 

“Love in November is different, because it reminds us of immortality. We commemorate with a great respect and gratitude.”

 

Tugce Albayrak seorang guru pelatih di Justus Liebig university di Giessen. Keluarganya telah emigrate dari Turki ke Jerman pada hujung tahun 1970an.

People rally in Berlin to remember Tugce Albayrak

Susulan kejadian ini, remaja lelaki berusia 18 tahun ditahan untuk membantu siasatan. Ayah Tugce juga meminta dua orang remaja perempuan berusia antara 13 dan 16 tahun yang diselamatkan Tugce tampil ke hadapan untuk membantu siasatan polis.

Kata-kata ayah Tugce Albayrak:

 

“Tuğçe will not come back, but you owe it to her to speak out,” her father said in a statement issued through Bild Zeitung. “My daughter saved you, she did everything to ensure that nothing happened to you. She even perhaps died for you. So I appeal to you, please go to the police and make a statement.”

 

Sumber: The Guardian (I), The Guardian (II), Reuters , ABC

LIKE Facebook The Vocket

Anda Mungkin Suka