Ain Husniza Saiful Nizam telah menerima surat permintaan ganti rugi sebanyak RM1 juta di atas dakwaan memfitnah. Pelajar berusia 17 tahun itu menulis mengenai saman itu dalam ciapannya di laman Twitter.

“Hari ini Ain tiba-tiba terima surat tuntutan atas “pernyataan-pernyataan fitnah”, dalam surat ini ain diberi [tempoh] 7 hari untuk semua tuntutan ini. Antaranya untuk membayar RM1,000,000 dalam gantirugi. All i ask is semua doakan urusan ain dipermudahkan,” kata Ain.

Menurut surat itu, Ain Husniza mengatakan bahawa dia mempunyai tujuh hari untuk memenuhi tuntutan ini, salah satunya adalah membayar RM1 juta untuk ganti rugi. Namun, dia tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan sebagai “pernyataan fitnah”.

Dalam catatan di Facebook, ayahnya Saiful Nizam Abdul Wahab mengatakan bahawa surat itu, yang dihantar pada jam 2 petang, adalah untuk Ain Husniza, dirinya dan isteri.

“Ada lima tuntutan dan salah satunya adalah membayar ganti rugi sebanyak RM1 juta. Kami menerima surat dari firma guaman Rasshidi Ema & Yung. Mengikut nasihat peguam, kami tidak akan mengulas lebih lanjut mengenai perkara ini buat masa ini.”

“Kami akan mendapatkan nasihat daripada peguam kami mengenai hak kami dan tindakan seterusnya,” katanya.

Bagaimanapun, Saiful Nizam ketika ditemuramah oleh Malay Mail mempersoalkan notis saman yang dibuat kerana Ain tidak pernah memberitahu secara khusus atau menyebut nama sekolahnya dalam kenyataan awal.

“Surat itu dikeluarkan oleh guru atas dakwaan fitnah walaupun kami tidak pernah menyebut namanya dan nama sekolah,” katanya.

Ain Husniza menjadi tajuk utama awal tahun ini kerana membongkar jenaka rogol yang dibuat oleh guru pendidikan jasmani semasa di kelas.

Pada bulan Mei, Kementerian Pendidikan mengumumkan bahawa guru yang terlibat dalam kes melibatkan Ain akan dipindahkan ke Jabatan Pelajaran Selangor sementara menunggu siasatan polis.

Selain guru, Ain juga membuat dua laporan polis terhadap rakan sekolah kerana mengancamnya dengan rogol setelah dia mendedahkan jenaka rogol yang dibuat oleh gurunya. Dia kemudian menarik balik laporan terbabit setelah pelajar dan keluarga mereka meminta maaf.

Lantang suarakan isu jenaka rogol di sekolah, pelajar ini terima ancaman dibuang sekolah. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Lantang Suarakan Isu Jenaka Rogol Di Sekolah, Pelajar Ini Terima Ancaman Dibuang Sekolah