guru

Guru adalah seorang insan mulia yang membakar diri menerangi insan lain. Jasamu tidak mungkin terbalas kerana pengorbananmu mendidik generasi.

NOTE 10 MKBHD
HYPE
5 Penambahbaikan S Pen Samsung Note10 Yang Jadikannya Lebih Gempak Berbanding Sebelum Ini
Baca lagi →

Dari Ibnu Abbas radhiyallahu’anhu, Rasulullah Sallallahu’alaihi wa Sallam bersabda, “ajarilah, permudahlah, jangan engkau persulit, berilah khabar gembira, jangan engkau beri ancaman. Apabila salah seorang dari kalian marah, hendaknya diam.”

Zaman berubah, cara didikan juga berubah. Di era teknologi, cabaran mendidik menjadi lebih berat buat guru-guru kerana anak-anak yang terbiasa dengan perkembangan sains dan teknologi terkini akan cepat merasa bosan dengan sistem persekolah ortodok yang bersifat perlahan dan menerangkan maklumat secara terperinci.

Anak-anak yang membesar di zaman siber lebih berminat kepada sesuatu yang bersifat laju dan melibatkan aktiviti fizikal. Tidak hairanlah sekiranya gajet menduduki senarai teratas pilihan mereka, berbanding buku. Ini antara cabaran yang mahu tidak mahu perlu disahut oleh setiap insan yang bergelar guru.

Mari kita lihat pendekatan yang digunakan oleh seorang guru yang bermotivasi tinggi dalam menggali potensi anak-anak didiknya. Dalam masa yang sama beliau turut meraikan keunikan yang dimiliki oleh mereka. Setiap anak itu istimewa. Mereka lahir dengan kepandaian yang sama tetapi memiliki keupayaan yang berbeza.

Saksikan ini.

Elak indoktrinasi anak, ajarkan mereka bagaimana untuk berfikir dengan sendiri, menilai sesuatu yang datang dan bersetuju untuk tidak bersetuju dengan kita. Anak-anak bukan robot, mereka anugerah.

Like page The Vocket di Facebook.

Anda Mungkin Suka