Pada bulan Oktober tahun lepas, pelakon Korea yang terkenal dengan drama ‘I’m Not A Robot’ iaitu Yoo Seung Ho telah datang ke Kuching untuk membuat rancangan realiti ‘Off The Grid’.
Terbaharu, segelintir peminat Yoo Seung Ho telah berkongsi sedutan video rancangan realiti tersebut di TikTok dan dalam rancangan itu, Seung Ho mencuba makanan kegemaran masyarakat di Bandaraya Kuching serta menerokai budaya masyarakat tempatan di sini.
Baca Juga:
- ‘Gaji RM2,800 Beli Civic’ – Peguam Dedah Ini Antara Punca Orang Muda Muflis Awal
- Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
- Elakkan Diri jadi Mangsa Scam, Ini 12 Pelaburan Emas ‘Trusted’ Yang Patuh Syariah
https://www.tiktok.com/@wangzek98/video/7185917248484281627?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7139801178280494594
@idahmad90 aiskrim gula apong ! #yooseungho #kuchingsarawak
Malah, Seung Ho juga telah mencuba pencuci mulut terkenal di Kuching, Sarawak iaitu aiskrim gula apong. Menurut Seung Ho, dengan cuaca yang panas di Kuching pada waktu pengambarannya, aiskrim gula apong tersebut bagaikan nikmat buat dirinya.
Walaupun dirinya bukan penggemar aiskrim, Seung Ho berkata aiskrim gula apong tersebut amat sedap dan dia berjaya menghabiskan aiskrim tersebut dengan sekelip mata.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa bangga kerana aiskrim gula apong berjaya memikat selera Seung Ho. Sebelum ini, kami dari The Vocket juga telah ke Kuching, Sarawak untuk mencuba aiskrim gula apong yang dicuba oleh Seung Ho, kami pun ‘approve’ rasa dia.