Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sejak minggu lalu, beberapa kawasan dalam negara kita telah dilanda banjir terutamanya di negeri-negeri Pahang, Terengganu dan Johor. Pelbagai bantuan termasuk sukarelawan telah turun padang bagi membantu mereka yang terkesan walaupun sedang berdepan dengan pandemik COVID-19 ketika ini.

Tidak turut ketinggalan turun padang adalah ahli-ahli politik dan juga orang-orang kenamaaan termasuk ahli parlimen Pontian, Ahmad Maslan yang berkongsikan aktiviti bantuan yang dilakukannnya di Kuala Krau, Temerloh Pahang baru-baru ini.

Walaupun video pendek yang dimuatnaiknya itu untuk berkongsikan bantuan dan tips membersihkan rumah yang terjejas dengan banjir, namun lain pula yang berlaku di Twitter apabila telatahnya itu mencuri perhatian netizen.

maslan

“Bersihkan rumah mangsa banjir di Kuala Krau, Pahang. Dalam dan luar rumah.

“Juga guna water jet dan peralatan-peralatan. Simpati banyak perabot-perabot yang rosak.

“Moga hujan berhenti dan tiada banjir lagi.

“Sebelum musim akan datang harap ada penyelesaian jangka panjang seperti dalam dan luruskan sungai- sungai dan lain-lain,” tulisnya di Twitter.

Esok belum tentu siap macam ini

Dalam video berdurasi 27 saat itu, beberapa tindakan beliau ketika membersihkan rumah itu menurut netizen kelihatan agak kekok dan seperti hanya dilakukan untuk proses bergambar serta mengambil video.

Paling mengelirukan adalah tindakannya yang menolak air menggunakan penyapu daripada tengah-tengah kawasan lantai dan bukannya bermula dari belakang.

“Kalau nak buat benda tu, tarik dari kawasan depan pintu rumah membawak ke pagar rumah.

“Bukan buat dari tengah-tengah,” komen netizen.

Perkara itu bukan sahaja kelihatan pelik buat netizen berkenaan tetapi beberapa orang lagi yang meninggalkan komen turut berkongsikan perkara sama.

“Cuci dari belakang Datuk Seri, nanti lumpur belakang tu kena balik tempat yang Datuk Seri cuci tadi,” pesan seorang lagi netizen.

“Kalau bersihkan macam ini Dato’ habis darurat Ogos ini pon belum tentu bersih rumah mak cik ni.

“Sebenarnya benda kat tangan YB tu kalau ditarik dari belakang lagi efektif berbanding tolak ke depan, tapi siapalah saya rakyat biasa nak mengajar YB yang ada Phd,” tambah beberapa orang netizen lagi.

Tindakannya mencuci lumpur daripada tengah dan bukannya bermula dari pintu itu sekaligus membuatkan netizen berfikir ianya mungkin dilakukan hanya untuk sesi bergambar sahaja.

Malah, telatahnya menahan seorang lagi mak cik daripada melalui kawasan yang dibersihkannya itu menguatkan lagi andaian netizen yang juga tidak dapat menahan ketawa mereka dengan tindakan ahli parlimen itu.

2

“Berlakon tahap cipan. Kenapa tak mula dari pintu?

“Nampak sangat tak ikhlas nak membantu, sekadar nak ambil video jer. Kasut pula masih bersih.

“Kena belajar dari WAF (Wan Ahmad Fayhsal) dulu tok, baju habis semua kotor dulu baru ambil gambar,” komen netizen.

Seorang lagi netizen yang seperti berpengalaman dalam membersihkan kediaman dari kesan banjir kemudiannya turut memberikan pendapat yang hampir sama.

“Ini namanya belakon ya tuan-tuan. Kami cuci banjir bukan macam ni.

“Kami tarik dari hujung dalam sampai ke luar. Ya saya tak perlu ada PHD utk berfikir macamana nak tolak selut (lumpur) banjir macam ni ya,” jelasnya.

Benar atau tidak dakwaan netizen yang rata-ratanya terhibur dengan aksi yang dilakukan Ahmad Maslan ini anda boleh menontonnya sendiri melalui perkongsian di bawah.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian asal di Twitter itu sudah pun mendapat hampir 7,000 retweet dan ianya adalah nombor yang agak besar untuk video membersihkan banjir selama 27 saat.

Baca juga perkembangan semasa di media sosial yang kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah. 

‘Tweet’ Silam Kembali Tular, MCMC Padam Akaun Rasmi Di Twitter

Pegang Pisang Goreng Tanpa Pengepit, Tindakan WAF Buat ‘Tuan Kedai’ Terkejut

Reaksi Pak Cik Jual ‘Bundle’ Dalam Gelap Sewaktu Terima Berita PKP Buat Netizen Sayu

Anda Mungkin Suka