Baru-baru ini, sempat kecoh di media sosial mengenai berita tentang ahli kumpulan Girl’s Generation, Taeyeon yang dikatakan sedang hangat bercinta dengan rapper dari kumpulan VIXX, Ravi.

Terdapat beberapa percanggahan tentang kesahihan berita tersebut. Difahamkan, berita tentang hubungan yang terjalin diantara kedua-dua bintang K-Pop ini telahpun dinafikan oleh agensi masing-masing. Pun begitu, khabarnya ada juga sumber yang mengatakan sebaliknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ingin mengetahui kebenaran mengenai berita tersebut, seorang YouTuber di bawah nama Simply Reporter Lee mengambil tindakan untuk turun padang dan ‘menyiasat’ sendiri kesahihan berita itu.

Berdasarkan video berdurasi empat minit yang bertajuk ‘Taeyeon♥Ravi 2 Nights 3 Days Home Date’ itu, YouTuber yang dikenali sebagai Lee Ye-ji mengatakan bahawa kedua-dua idol tersebut difahamkan telah bercinta sejak dari tahun lepas. Tambahnya lagi, beliau juga telah mengetahui tentang perkhabaran berita ini dari bulan Oktober 2020 lagi.

Tidak cukup dengan menghabiskan masa selama 55 jam pada sambutan hari Krismas yang lepas untuk merakam kegiatan pasangan idol tersebut, Ye-ji  yang juga merupakan seorang wartawan turut menulis sebuah artikel mengenai pasangan tersebut di Joy News24.

reporter
SUMBER: YOUTUBE

Menurut Ye-ji, pasangan tersebut menghabiskan masa bersama ketika sambutan hari Krismas dirumah Taeyeon. Rakaman Ravi memasuki persiaran apartmen Taeyeon turut juga dimuatkan di dalam klip tersebut.

Menimbulkan kemarahan peminat

Tindakan YouTuber dan penulis itu dilihat sebagai berlebihan dan telah mengundang kemarahan dari peminat kedua-dua bintang K-Pop tersebut.

Rata-rata komen yang diberikan oleh warganet Korea dan juga luar negara mengatakan tindakan tersebut telah melanggar hak privasi kedua-dua selebriti itu. Tambahan lagi, beliau turut disamakan dengan penguntit (stalker).

Selain mendapat kejian dari warganet, para peminat sedang berusaha untuk menghapuskan klip video yang dimuat naik di laman YouTube rasmi wartawan itu. Menurut mereka lagi, Ye-ji dan team produksi yang terlibat wajar untuk disaman kerana telah melanggar hak privasi selebriti tersebut.

https://twitter.com/seonhobigbaby/status/1343207196432056321

https://twitter.com/tygerstrbl/status/1343481077243899904

Bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis, video yang dimuat naik pada 28 Disember lalu itu masih tersedia untuk ditonton di YouTube.

Bukan itu sahaja, walaupun menerima kecaman dan kemarahan daripada netizen, ianya telah mengumpul sebanyak 590,000 ribu tontonan tetapi dengan 20,000 dislikes.

Bercakap tentang kecaman, ini pula 5 K-Drama yang pernah menjadi mangsa kecaman netizen. Klik pada pautan di bawah untuk membaca!

Sensasi Dan Kontroversi, Ini 5 K-Drama Yang Pernah Menjadi Mangsa Kecaman Netizen