Sebelum ini tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki wajahnya persis seperti Dato’ AC Mizal. Video tersebut telah meraih perhatian ramai dan ada netizen yang keliru sama ada itu AC Mizal ataupun hanyalah antara ‘kembar’ wajahnya.

Lantaran itu, AC Mizal telah menjelaskan kepada umum berkaitan penularan video tersebut di Instagram miliknya. Menerusi perkongsiannya itu, AC Mizal bersikap terbuka apabila melihat video tular tersebut.

Bukan itu sahaja, AC Mizal juga bergurau mengatakan bahawa rahsia sudah terbongkar dan itu adalah ‘job tepi’ yang dilakukannya. Malah, itu adalah bakatnya yang ramai tidak ketahui.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur dengan perkongsian AC Mizal kerana hanya ‘melayan’ komen-komen netizen dan sempat bergurau.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini. 

Bantu ‘Stranger’ Ikat Tali Leher, Layanan Persis Anak Sendiri Bikin Netizen Terharu

‘Orang Berniaga Dia Pun Nak Cuba’- Ameera Khan Dikritik Hebat Netizen Jual Kek Batik Kejung

Trend ‘Unboxing Pengantin’ Jadi Ikutan Di TikTok, Ini Teguran Pedas PU Syed Buat Pengantin Baharu