Pada 18 Disember lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadap Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Di sebalik pertemuan yang dikongsikan di media sosial di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dikurniakan kesihatan serta rahmat dan hidayah, para netizen nampaknya lebih berminat dengan stokin yang dipakai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut para netizen, stokin yang dipakai Datuk seri Anwar Ibrahim merupakan stokin murah yang boleh didapatkan di Kedai Eco pada harga serendah RM2.40 sahaja.

Melihatkan kepada jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, terdapat netizen yang teruja serta terkejut dengan pemilihan stokin ahli politik ini. Berikut merupakan respon netizen terhadap isu ini.

https://twitter.com/MZhafranAslam/status/1604494527825293315

Berdasarkan carian, stokin yang ditawarkan di Kedai Eco ini sedia untuk didapatkan secara dalam talian menerusi laman Shopee di mana anda mendapatkannya dengan klik di sini.