Seorang hacker dari Taiwan bernama Chang Chi-yuang menerusi Facebook mahu memadam akaun pengasas Facebook, Mark Zuckerberg. Cubaan itu menurut Chang akan dilakukan secara Live menerusi Facebook.

Chang adalah seorang penggodam professional (godam untuk wang) di mana beliau melakukan godaman untuk memperbaiki ‘bug’ sesuatu program atau laman sosial. Menurut Chang, beliau menemui satu bug yang membolehkan beliau memadam akaun Facebook sesiapa sahaja yang beliau mahu, termasuk akaun Facebook Zuckerberg.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau mengumumkan kepada 26,000 pengikutnya bahawa godaman ini akan berlangsung pada 30 September dan sesiapa sahaja boleh menontonnya. Namun, dalam perkembangan terbaru, beliau menangguhkan sesi live berkenaan kerana mahukan bayaran daripada Facebook dahulu sebelum menjalankan semula live berkenaan.

Facebook mempunyai progam di mana mereka akan memberi ganjaran kepada sesiapa yang membuat laporan tentang kelemahan sistem kawalan Facebook. Mungkin ganjaran ini yang Chang mahukan.

Mungkin semua ini hanya sekadar gimik oleh Chang? Jika beliau berjaya, populariti Chang pastinya akan meningkat naik.

Sumber