AFC dalam satu kenyataan rasmi lewat petang tadi memberitahu bahawa hadiah wang tunai untuk kejohanan kelab diperingkat Asia – AFC Champions League dan AFC Cup 2018 akan dinaikkan.

“Akan ada penambahan hadiah wang tunai di setiap peringkat dalam kejohanan AFC Champions League, dimana kejohanan ini adalah salah satu pertandingan kelab peringkat benua yang paling mewah dalam dunia bola sepak.”, Setiausaha Agung AFC, Dato’ Windsor John.

Dato Windsor John-AFC General Secretary-stkeholdres-fc-728-410

“Salah satu dari keputusan penting  kami adalah untuk melabur dalam kedua-dua kejohanan, yang merupakan nadi untuk setiap konfederasi dan juga MA yang terlibat. Kita juga dapat menyaksikan standard ganjaran yang lebih tinggi serta intensiti yang tinggi dalam kejohanan ini”, tambahnya lagi.

“Pihak AFC sentiasa melihat untuk memberikan ganjaran dan komited untuk membangunkan kejohanan ini. Sekarang, kami percaya dengan peningkatan insentif pada 2018 nanti akan menambahkan lagi keinginan untuk menjuarai 2 kejohanan utama kelab di Asia ini”

Pertambahan Hadiah Wang Tunai Kejohanan AFC Champions League 2018

Screen Shot 2017-12-07 at 11.10.25 PM

Untuk kejohanan AFC Champions League, terdapat pertambahan untuk hadiah wang tunai bagi juara, naib juara AFC Champions League serta bonus penyertaan pada setiap peringkat kejohanan.

Hadiah Juara & Naib Juara AFC Champions League

Juara AFC Champions League: Peningkatan sebanyak USD1 juta kepada USD4 juta.

Naib Juara AFC Champions League: Peningkatan sebanyak USD500,000 kepada USD2 juta.

Bonus Penyertaan Setiap Peringkat

Mana-mana pasukan yang berjaya layak ke peringkat seterusnya selepas tamat perlawanan peringkat kumpulan akan menerima bonus khas.

Pusingan 16: Peningkatan sebanyak USD20,000 kepada USD100,000

Suku Akhir: Peningkatan sebanyak USD30,000 kepada USD150,000

Separuh Akhir: Peningkatan sebanyak USD50,000 kepada USD200,000

Tiada pertambahan untuk subsidi perjalanan atau lain-lain perkara dinyatakan dalam kemaskini terbaru AFC tersebut.

Pertambahan Hadiah Wang Tunai Kejohanan AFC Cup 2018

Screen Shot 2017-12-07 at 11.07.49 PM

Bagi kejohanan AFC Cup pula, hanya hadiah wang tunai untuk juara dan naib juara ditambah dan tiada sebarang perubahan untuk lain-lain perkara.

Juara AFC Cup 2018 akan menerima USD1.5 juta, pertambahan sebanyak USD500,000, manakala sebagai naib juara pula akan menerima USD750,000, peningkatan sebanyak USD250,000.