Seorang anak bernama Ryan menghantar hadiah istimewa kepada ibunya, Cindy bersempena dengan hari ibu. Bonnie, penghantar dari Teleflora tidak menghantar bunga, tetapi menghantar mesej yang dimainkan melalui iPad.

Mesejnya bermula..

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Hi mom, happy mother’s day. I want to let you know how much I love you and I appreciate everything that you have done for me in my life.”

Hi ibu, selamat hari ibu. Saya sangat cintakan ibu dan saya hargai semua yang sudah ibu lakukan sepanjang hidup saya.

Tambahnya lagi..

The distance between us is not always easy – it is actually pretty hard sometimes.

Jarak yang memisahkan kita tidak memudahkan – malah kadang-kala menyukarkan kita.

Ryan mengimbas kembali saat terakhir mereka bertemu..

“So, remember the last time we saw each other. That’s almost 2 years ago, I was passing through San Diego, on my way out to Japan and you drove 2 hours just to sit down and have coffee with me for 45 minutes. Just discussing what’s going on with our life before I had to go on my flight and continue on.”

Masih ingatkah kali terakhir kita berjumpa? Sudah hampir 2 tahun lalu, saya melalui San Diego, dan dalam perjalanan ke Jepun dan ibu memandu selama 2 jam hanya untuk duduk dan minum kopi bersama saya selama 45 minit. Hanya berborak tentang apa yang berlaku dalam hidup kita, sebelum saya berangkat pergi.

Dan perkara sebenarnya..

“I miss you, it’ve been hard.”

Saya rindukan ibu, dan ianya amat sukar.

Mesej Ryan menjadi bertambah sayu selepas itu..

https://www.youtube.com/watch?v=j2zhVs1cUgU

Cindy mendapat hadiah hari ibu yang terbaik. Iaitu anaknya sendiri. Perkataan, kasih sayang, dan menyaksikan beliau telah berjaya membesarkan anaknya dengan cara terbaik yang beliau tahu. Melihat anaknya berjaya dan menjadi seorang manusia yang berhati luhur dan berguna – itulah hadiah sebenar-benar hadiah yang seorang anak boleh berikan kepada seorang ibu.

Selamat hari ibu.

BACA LAGI: Ibu Ini Membaca Buku Di Atas Pentas Sehinggalah Beliau Perasan Satu Rahsia

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram