Pada 4hb Julai 2014, Elizabeth Ting telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Bayi tersebut diberi nama, Cassandra.

Dia dilahirkan dalam keadaan pra-matang pada minggu ke 31 dan terpaksa ditahan di wad hospital demi keselamatan nyawanya.

Permaisuri hati pasangan Elizabeth ini hanya mampu bertahan selama beberapa hari sebelum degupan jantungnya berhenti.

Cassandra meninggal dunia pada 14hb Julai 2014, 10 hari selepas dilahirkan.

Pada hari jadi Elizabeth yang ke-38, beliau ‘menyuarakan’ dua permintaan khas sempena hari jadinya melalui video yang dimuat-naik di Facebook.

Permintaan khas beliau ialah meminta bantuan untuk:

1. Melakukan editing pada gambar Cassandra yang sempat diambil beliau untuk dibingkaikan (gambar yang diambil tidak begitu baik).

2. Menghasilkan gambar dalam bentuk lakaran, lukisan atau karikatur yang menampilkan Cassandra bersama Elizabeth dan suaminya, Keith.

Video dibawah ini menjadi viral dan mendapat maklumbalas positif yang meluas.

 

Berikut merupakan antara ‘hadiah hari jadi‘ yang diterima oleh beliau.

Hadiah untuk permintaan pertama – melakukan editing pada gambar Cassandra

1. Hadiah dari Teresa Teh

 

2. Hasil kerja Inno Mind Works Sdn Bhd

 

3. Ini pula dari Linee Yeo

 

Untuk permintaan kedua : lakaran, lukisan atau karikatur keluarga mereka

1. Hadiah dari Evelin Tee

 

2. Ini pula hadiah dari Jessica H

 

3. Dan ini hasil sentuhan Wai Kit (Wizkit)

Sangat sweet dan menyentuh hati kan?

Like page The Vocket di Facebook

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group