Nota Editor: Kisah unik ini telah dikongsikan oleh Sue Izza di blog beliau MyPuteri21.blogspot.  Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis. Team Vocket mengucapkan selamat pengantin baru buat Sue Izza. Semoga rumah tangga kekal bahagia selamanya.

hadiah-kahwin-unik-5

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Alhamdulillah majlis di kedua-dua belah pihak berjalan lancar dan selesai dengan baik,walau penat sedikit. Dan tak kurang himpunan hadiah perkahwinan dari rakan-rakan, saudara-mara, bos dan adik beradik.

Tq so much korang, sangat hargai sebab kebanyakannya bagi keperluan untuk masuk rumah baru. Antaranya barang-barang elektrik, kain, cadar, set blanket, hiasan rumah dan pinggan mangkuk semestinya.

Tapi kami dapat satu hadiah yang unik! Hhahaha! Dalam dok bukak hadiah tu perasan jugak tak de dapat seterika, so masa kenduri umah Mr D teruja bila buka pembalut nampak kotak seterika yang berat 2kg. Dalam hati mesti jenama yang elok ni.

hadiah-kahwin-unik-3

Haaa Panasonic lagi.

Tapi bila buka nak tengok kat dalam, tu diaaaaaaa. Kena prank oiiii!!!

3 biji mangga yang beratnya lebih 2 kilo. Tu dia. Puas belek cari kad memang tak de kad atau nama. Alih-alih Mr D dapat call dari bapa saudara dia di Bahau yang kami panggil Paman Solehin. Jawab call je terus gelak besar, hahahhaa!

hadiah-kahwin-unik-4

Haa hambik ko!

Simboliknya mangga ni, masa muda atau putik masih masam-masam. Bila dah masak ranum manis dan segar rasanya itulah di umpamakan perkahwinan dan rumahtangga.

Terima kasih Paman, sangat bermakna. Tapi mangganya masih keras lagi jadi peramkan dulu,nanti baru makan. Hehehehe.

BACA: 5 Petanda Lelaki Sangat Mahu Melamar Anda

BACA juga: 15 Rekaan Mini Pelamin Pada Harga Bajet Untuk Bakal Pengantin

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram