Sedekad lalu, tidak ada sesiapa yang menyangka hadiah perlawanan e-sport mampu mencecah pulutan juta Ringgit dan pada tahun ini segalanya menjadi realiti apabila pasukan OG berjaya menjuarai perlawanan Valve The International Dota 2 buat kali kedua berturut-turut.

Jumlah pulangan hadiah yang diperoleh pasukan ini dianggarkan bernilai $15.6 juta (RM65.66 juta). Berdasarkan hadiah besar yang dimenangi, pasukan yang terdiri daripada lima ahli pasukan ini memilih untuk membahagikan wang kemenangan sama rata dimana setiap seorang pemain memperoleh $3.1 juta (RM13.04 juta).

imgonline-com-ua-twotoone-N7wudI3kPTnxMm2

Sebagai perbandingan, Tiger Woods selaku lagenda dalam dunia golf sekadar memperoleh $2.07 juta (RM8.71 juta) sempena Masters 2019 baru-baru ini manakala pemenang Wimbledon Novak Djokovic dan Simona Halep masing-masing menerima hadiah bernilai $2.9 juta (RM12.20 juta).

Melihat kepada keadaan semasa, hadiah kemenangan melalui acara e-sport khususnya Dota 2 dianggarkan akan lebih tinggi berdasarkan populariti serta jumlah tontonannya yang semakin mendapat tempat dikalangan gamer.

Pastinya hadiah kemenangan yang tinggi ini sedikit sebanyak bakal memberi motivasi buat gamer di luar sana untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi menjadi sebahagian daripada pemenang besar ini baik dari peringkat negara mahupun global.

Sumber