Ini kisah cinta Michael dan Jessica.

Kedua-duanya telah berkahwin. Namun sebelum perkahwinan itu, mereka berjanji untuk tidak saling memberikan hadiah sewaktu hari berbahagia kelak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tetapi, Jessica telah memungkiri janjinya dengan menulis sepucuk surat yang indah buat suaminya, sehari sebelum perkahwinan berlangsung.

Tidak terlintas di sudut hatinya bahawa suaminya juga akan memungkiri janji dengan menghadiahkan sesuatu sewaktu majlis resepsi mereka.

Menariknya, Michael telah menghadiahkan sebuah persembahan flash mob secara live di hadapan Jessica dengan bantuan sanak-saudara dan sahabat-handai.

Bagi kami, ini memang sweet. Michael, anda dapat markah penuh dalam buku kami! ;)

Sumber: Blue Kite Cinema

Pada pendapat kami, kedua-dua hadiah mereka mempunyai nilai yang sangat tinggi serta amat bermakna sempena majlis perkahwinan mereka.

Benarlah, hadiah yang bermakna itu tidak akan dapat dinilai dengan wang ringgit kerana ia perlukan sekeping hati yang ikhlas dengan pemberiannya :)