Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Umum mengetahui, rakyat Malaysia masih belum dibenarkan untuk merentas negeri. Terbaharu, pemilik butik fesyen terkenal Leeyanarahman telah memuatnaik video merentas negeri untuk memberikan kejutan kepada kedua ibu bapanya.

Menurut Yana Lee dan suami, Hafiz Hamid menegaskan bahawa telah mendapat kebenaran pihak polis untuk merentas negeri dari Kuala Lumpur ke Terengganu. Malah, tujuan mereka merentas negeri adalah semata-mata mahu memberikan kejutan dengan menghadiahkan kereta baharu buat ibu bapa mereka dan membawa pulang kereta di kampung untuk dijadikan kereta syarikat.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Tambahnya, mereka hanya ke Terengganu balik hari dan juga mematuhi syarat-syarat yang dikenakan seperti hanya 3 orang dibenarkan untuk merentas negeri. Video tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen dimana ada yang berasa terharu melihat video itu.

Akan tetapi, rata-rata netizen menzahirkan rasa tidak puas hati kerana mereka diberi kebenaran untuk merentas negeri semata-mata memberikan kejutan. Malah, ada juga yang berasa tidak adil kerana para netizen tidak dapat pulang ke kampung berjumpa dengan ibu bapa walaupun atas alasan sakit.

photo_2021-04-19_12-00-52

Screenshot 2021-04-19 at 11.58.25 AM

Pastinya hal ini membuatkan ramai yang tidak berpuas hati. Apakah pendapat anda akan isu ini?

Sebelum ini, pemilik butik Leeyanarahman dikhabarkan anjur ‘fashion show’ tidak ikut SOP. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Anjur ‘Fashion Show’ Tidak Patuh SOP, Tindakan Jenama Fesyen Terkenal Ini Buat Netizen Berang

Berang Ditegur Tidak Pakai Pelitup Muka, ‘Pak Lebai’ Ini Bertindak Ugut Dan Cekik Pekerja Kedai

Anda Mungkin Suka