Proton sudah mengumumkan tarikh pelancaran Proton Saga MC2 (Minor Change 2) facelift baharu yang dinanti-nantikan ramai. Model itu akan debut pada 12 Mei, Khamis ini, pada pukul 9.45 pagi nanti.

Bagi memberikan gambaran kepada orang ramai apakah yang akan dipertontonkan semasa pelancaran, Proton telah berkongsi beberapa perubahan kosmetik pada sedan segmen A yang dikemas kini.

Dua imej teaser telah dipertontonkan melalui laman Facebook Proton Cars pada hari ini; bahagian hadapan tampil dengan lencana logo baharu Proton berbentuk bulat, bersama aksen berwarna merah di bahagian gril dan satu gambar lagi menunjukkan rim aloi 15-inci baharu dengan rekaan lebih sporty yang berwarna dua-tona.

Sumber Gambar: Facebook Proton Cars
Sumber Gambar: Facebook Proton Cars

Proton Saga MC2 ini dijangka bakal ditawarkan dalam 4 jenis varian; Standard (Manual), Standard (Automatik), Premium (Automatik) dan varian tertinggi Premium S (Automatik).

Kesemua varian juga bakal menerima standard sistem pintu keyless, butang push start, tempat duduk separa kulit dan dan skirt sisi dengan bibir bampar hadapan.

Dari segi enjin pula, tiada pertukaran ketara jika dibandingkan dengan model terdahulu. Proton Saga MC2 masih dilengkapi dengan enjin 4-silinder, 95hp dan 120Nm tork.

Orang ramai boleh menonton pelancaran virtual melalui Facebook Proton Cars pada 12 Mei, Khamis ini, tepat pukul 9:45 pagi nanti. Jika anda mahu menjadi orang terawal mendapat model Proton Saga baharu ini, anda sudah boleh daftar minat menerusi laman khas ini.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sementara itu, anda boleh baca lagi berita-berita menarik Proton yang berlaku di pasaran luar negara yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia melalui pautan di bawah.

Proton Saga Diiktiraf Sebagai Kereta Sedan Terlaris Di Kenya Untuk Tahun 2021

Polis Kenya Pilih SUV Proton X70 Sebagai Kenderaan Rasmi

Orang Pakistan Kagum Ketahanan Proton Saga Biarpun Disondol ‘Myvi’ Dari Belakang

Sumber