Beberapa hari ini tular di media sosial perkongsian video pengantin wanita yang menangis dan meraung dalam sebuah majlis perkahwinan di Indonesia. Ia dipercayai berlaku selepas beliau melihat kehadiran bekas kekasihnya di majlis berkenaan.

Sebelum ini tidak banyak yang diketahui tentang apakah sebenarnya yang berlaku dalam majlis perkahwinan berkenaan sehinggalah portal KOMPAS.COM daripada Indonesia pada semalam memberikan maklumat lanjut mengenai kejadian itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/naimazharrr/status/1338058541580447744?s=21

Kejadian itu menurut mereka dilaporkan berlaku di Lombok Timur pada Sabtu lalu di mana bekas kekasih yang dikenali sebagai Dayat menghadiri majlis resepsi bekas teman wanitanya itu yang dikenali sebagai Aollina Alfia Lestari.

Bekas teman lelaki wanita berkenaan juga memberitahu mereka sebelum ini pernah menjalankan hubungan selama dua tahun dan sudah berada dalam fasa yang agak serius dan pernah memikirkan untuk ke jinjang pelamin.

Bercerita mengenai kejadian bekas teman wanitanya itu meraung, beliau berkata ianya berkemungkinan berlaku kerana wanita berkenaan masih mengingati apa yang telah mereka lalui selama ini.

“Banyak kenangan yang masih dikenang, ingat dan sekarang seolah tidak percaya dengan diri sendiri (pengantin perempuan) kerana telah menjalani hubungan serius” kata Dayat seperti dipetik Kompas.

Menjelaskan mengenai kehadirannya ke majlis resepsi berkenaan (yang mungkin menjadi persoalan), Dayat memberitahu beliau sebenarnya dijemput ke majlis berkenaan dan bukannya hadir tanpa undangan.

Kehadirannya itu bagaimanapun menurutnya adalah untuk memberikan ucapan selamat kepada kedua-dua mempelai dan menyaksikan majlis mereka.

“Niat saya baik datang ke sana, malah saya rela datang dari Lombot Barat ke Lombok Timur untuk melihat kedua mempelai bahagia dan tersenyum manis.

“Saya juga gembira jika dia gembira dan bahagian,” jelasnya.

Menyedari kehadirannya telah menimbulkan kekecohan sehingga ianya dirakam dan tular di media sosial sehingga ke Malaysia, Dayat juga menjelaskan beliau sudah memohon maaf kepada keluarga pengantin.

Kehadirannya itu seperti dimaklumkan sebelum ini jelasnya hanyalah untuk memenuhi undangan memandangkan dia mempunyai kesempatan ketika itu.

Baca juga perkembangan semasa media sosial yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah.

Terkenal Disebabkan Filem 3 Idiots, Tasik Pangong Yang Cantik Kini ‘Musnah’ Akibat Sampah

Negara Kecil Untuk Melancong, Rakyat Singapura Pilih Untuk Bercuti Di Hotel Sahaja

‘Sembahyang Hajat Setiap Tahun’- Prinsip Tauke Berbangsa Cina Di Kelantan Ini Dipuji Netizen