Hangat dibincangkan di media sosial baru-baru ini apabila terdapat seorang YouTuber yang memuat naik konten mengislamkan seorang lelaki di pada platform TikTok.

Meskipun niat dalam mengajak orang ramai memeluk agama Islam merupakan amalan yang baik dalam agama, tindakan beliau yang merakam serta mengislamkan lelaki tersebut dalam keadaan tidak bersedia sekaligus menimbul pelbagai persoalan dan tohmahan daripada para netizen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/JohanHeartyAnda/status/1442328456063119369?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1442328456063119369%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fmuat-naik-konten-islamkan-seorang-lelaki-tindakan-youtuber-ini-undang-pelbagai-reaksi-netizen%2F

Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan bahawa ini bukanlah cara dakwah sebenar dan hal tersebut sedikit sebanyak mencalarkan imej Islam itu sendiri.

Seharusnya, tugas mengislamkan seseorang tidak hanya terhenti dengan mengucapkan dua kalimah syahadah sebaliknya perlu membimbing lelaki tersebut untuk memahami agama Islam dengan lebih mendalam.

Di sebalik pelbagai kecaman yang diterima, beliau nampaknya turut disokong oleh seorang lagi influencer yang juga merupakan seorang Dai yang berkongsi sebuah hadis di mana individu yang mengislamkan seseorang maka wajib mendapat Syurga.

Meskipun komen tersebut seolah mengajak umat Islam untuk meramaikan orang ramai memeluk agama Islam, komen daripada Dai yang diperoleh daripada ruangan komen Instagram nampaknya telah menarik seorang netizen untuk menjelaskan dengan lebih lanjut.

Menerusi perkongsian Twitter @ibn_ramzi selaku editor kepada laman Semak Hadis dan admin @hakazasunnah tampil menjelaskan bahawa hadis yang dikongsikan Dai tersebut merupakan hadis dhaif berat di mana perawinya munkar dan sanadnya juga dhaif.

Malah, laman Mufti Wilayah Persekutuan turut membincangkan hadis ini serta berkongsi beberapa para ulama yang berpendapat hadis ini merupakan hadis yang palsu. Anda boleh ketahui dengan lebih lanjut dengan klik di sini.

Beliau turut menjelaskan mengajak orang bukan Islam kepada Islam sememangnya usaha yang baik namun haruslah dengan cara yang betul.

Dalam erti kata lain, terdapat prosedur dan langkah yang betul dalam mengajak orang bukan Islam memeluk Islam dan bukanlah sekadar menyebut dua kalimah syahadah tanpa sebarang bimbingan. Perkongsian di media sosial yang dapat ditonton orang ramai sekaligus dapat mengundang kepada sensitiviti agama lain.

Ikuti juga kisah seorang hartawan ini yang sering menayang harta dan bermewah di Dubai yang kini kembali mengalami masalah kewangan semula.

Sering Tayang Harta Dan Bermewah Di Dubai, Hartawan Ini Kembali Alami Masalah Kewangan Semula

Kecuaian Punca Kemalangan Maut, Ahmad Dhani Tepati Janji Sara Enam Janda Sejak 8 Tahun Lalu