Tular baru-baru ini apabila Hafidz Roshdi dilaporkan melafazkan cerai kepada pihak isteri bersaksikan keluarga. Situasi menjadi lebih parah apabila Hafidz Roshdi dilaporkan memukul bekas isteri sehingga berlaku cacat kekal sekaligus menjadi buah mulut orang ramai serta perhatian pihak berkuasa.

Terbaharu, pelakon berusia 29 tahun ini dilaporkan telah menghadirkan diri ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada pagi ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi perkongsian Sinar Harian, pihak mahkamah memerintahkan Hafidz Roshdi untuk dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.

Perintah itu dikeluarkan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak selaku majistret selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Untuk pengetahuan, Hafidz Roshdi telah berkahwin dengan bekas isteri, Nurul Shuhada di mana perkahwinan selama 7 tahun ini di mana mereka telah dikurniakan dua cahaya mata sepanjang perkahwinan.

Sumber