Ianya sesuatu yang membanggakan apabila Hafizh Syahrin terpilih sebagai pelumba baharu untuk saingan 2018 bersama pasukan Monster Yamaha Tech3.

Peluang ini hadir apabila pelumba Jonas Folger tidak mahu bertanding pada tahun 2018 membuatkan Monster Yamaha Tech3 perlu mencari pelumba yang baharu. Syarikat yang berpengkalan di Perancis ini akhirnya memilih Hafizh Syahrin sebagai pelum MotoGP kedua mereka disamping Johann Zarco.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Skil perlumbaan Hafizh dapat dilihat apabila beliau mecuba jentera YZR-M1 minggu lalu di Buriram, Thailand dan pasukan Monster Yamaha Tech3 sangat gembira untuk meneruskan kerjasama dengan pelumba negara ini.

“Saya sangat gembira mendapat berita ini dan akan bersama pasukan Monster Yamaha Tech3 untuk saingan 2018. Saya perlu berterima kasih kepada semua pasukan Tech3 kerana mempercayai kebolehan saya. Saya akan cuba yang terbaik tahun ini,” kata Hafiz menerusi kenyataan rasmi di laman Facebook rasmi Monster Yamaha Tech3.

Inilah hasilnya jika rider di Malaysia menggunakan bakat mereka di saluran yang betul. Tahniah sekali lagi buat Hafizh Syahrin!