Hajat peminat sukan permotoran negara untuk menyaksikan Hafizh Syahrin terus kekal dalam saingan kejuaraan dunia Moto2 untuk musim hadapan kini semakin hampir menjadi kenyataan.

Ia susulan pengesahan daripada pengurus beliau sendiri Razmin Masli Abdul Razak yang memaklumkan Hafizh akan kekal dalam saingan itu musim hadapan seperti dilaporkan Harian Metro.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Masa depan Hafizh dalam saingan Moto2 sebelum ini menjadi teka-teki dalam kalangan peminat selepas pasukan semasanya Aspar Team tidak menyenaraikan beliau sebagai salah seorang pelumba pasukan itu musim hadapan.

Sebaliknya dua pelumba yang akan mewakili pasukan itu adalah rakan sepasukannya musim ini Aaron Canet dan pelumba Moto3 yang akan menginjak naik ke Moto2 Albert Arenas yang kini sedang mewakili pasukan itu dalam saingan Moto3.

Menjelaskan perbincangan bersama pasukan Hafizh untuk musim hadapan sudah pun selesai, pengurus beliau bagaimanapun menjangkakan pengumuman berkenaan pasukan baru Hafizh itu hanya akan dibuat November ini.

“Perbincangan dengan pasukan buat Hafizh untuk musim 2021 sudah selesai dan Hafizh akan kekal di Kejohanan Dunia Moto2. Pasukan untuk musim 2021 akan berpangkalan di Eropah.

“Insya-Allah, pengumuman akan dibuat dalam sedikit masa lagi. Jika perancangan semua berjalan lancar di pihak pasukan, Insya-Allah (pengumuman) semasa perlumbaan di Valencia,” katanya.

Litar Ricardo Tomo di Valencia musim ini akan menjadi tuan rumah kepada dua perlumbaan iaitu Grand Prix (GP) Europa dan GP Valencia pada 8 dan 15 November ini.

Berdasarkan jadual perlumbaan ini, maka peminat kini hanya mempunyai masa tidak sampai dari sebulan sahaja lagi untuk mengetahui pasukan terbaru Hafizh musim hadapan.

Baca juga perkongsian kami mengenai ‘save’ dilakukan Hafizh Syahrin sebelum ini yang berjaya memukau penonton melalui pautan di bawah.

Aksi Luar Biasa Hafizh Syahrin Selamatkan Motosikal Buat Netizen ‘Mat Salih’ Tergamam

‘Tak Rasa Apa Dari Pinggang Ke Kaki’- Hafizh Syahrin Kongsi Detik Kemalangan Ngeri Di Austria

Hafizh Syahrin Pemilik Cap Dagangan ‘Bossku’?

Sumber