Peminat setia MotoGP pasti kenal sangat dengan nama Hafiz ‘El Pescao’ Syahrin. Beliau bersama Miguel Oliveira akan menunggang untuk Red Bull KTM Tech 3 dan memberi saingan sengit kepada pelumba lain untuk musim kedua Hafizh dalam sirkuit MotoGP.

Seperti semua peminat sedia maklum, Hafizh menggunakan nombor bertuah ’55’ sebagai nombor perlumbaan beliau. Disebabkan nombor ini, beliau turut mendapat nama timangan ‘BO55KU’ ketika di dalam litar.

Ketika ini, perkataan ‘Bossku’ sedang popular di kalangan masyarakat Malaysia selepas bekas perdana menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Razak banyak menggunakan perkataan tersebut di dalam posting media sosialnya. Disebabkan perkataan bossku ini semakin popular, maka muncullah pelbagai barangan merchandise yang menggunakan perkataan ‘bossku’ ini di pasaran.

Namun, rupanya sudah ada individu yang sudah claim perkataan ‘bossku’ ini sebagai cap dagangan beliau. Menurut posting saudara Zaiful Zalizam, tahun lalu, Hafizh Syahrin sudah membuat permohonan di MyIpo untuk menjadi pemilik hakcipta perkataan Bossku.

Permohonan Hafizh Syahrin pada ketika ini masih lagi dalam proses dan sekiranya ianya diluluskan, Hafizh bakal mempunyai kuasa untuk menyaman mana-mana pihak yang menggunakan perkataan ‘bossku’ pada produk tanpa kebenaran daripada pihak Hafizh.

Perkataan bossku ini sebenarnya sudah popular di kalangan penduduk Sabah sejak dahulu lagi tetapi semakin popular sejak ianya digunakan oleh Dato Sri Najib Razak. Adakah ianya satu tindakan bijak oleh Hafizh untuk menjadikan perkataan ‘bossku’ sebagai trademark beliau?