Hafizh Syahrin Abdullah tidak akan berlumba lagi bersama pasukannya, Red Bull KTM Tech3 untuk kejohanan MotoGP musim hadapan.

Perkara berkenaan disahkan selepas KTM Tech3 mengumumkan Brad Binder dari Afrika Selatan yang menyertai pasukan berkenaan musim hadapan. Pengurus KTM Tech3, Herve Poncharal menyifatkan Binde sebagai seorang pelumba yang agresif dan mempunyai sifat tidak mudah menyerah kalah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Binder kini berada kelas Moto2 bersama Red Bull KTM Ajo dan bersama Miguel Oliveira, akan mengemudi pasukan KTM Tech3 selepas ini. “Ianya satu peluang yang hebat. Saya mahu berterima kasih kepada pasukan Red Bull KTM Tech3 yang mempercayai keupayaan saya serta menjadikan impian saya untuk berlumba di sirkit MotoGP menjadi kenyataan,” kata Binder.

Keputusan KTM Tech3 ini sedikit sebanyak mencetuskan tanda tanya tentang masa depan Hafizh Syahrin. Adakah Hafizh Syahrin akan terus berada di saingan MotoGP musim hadapan? Banyak kemungkinan yang boleh terjadi dalam dunia MotoGP dan kita doakan yang terbaik untuk Hafizh Syahrin.