Pendakian terlarang dan paling epik buat pendaki?

Ramai yang teruja apabila melihat rakaman gambar dan video di kawasan ini. Malah, para pendaki mengidamkan tempat ini walaupun ia kawasan terlarang. Ini semua gara-gara keindahan pemandangan membuatkan pendaki seolah-olah berada di jambatan menghala ke syurga.

Jika dilihat dari rakaman gambar dan video sudah buat kita teruja, pastinya tidak terkata apabila dapat melihat sendiri dari lensa ciptaan-Nya ini. Itulah yang buat para pendaki meronta-ronta untuk menjejakinya walaupun ia telah diwartakan sebagai kawasan larangan untuk orang awam.

Kawasan larangan di kepulauan Hawaii:

Tempat yang dimaksudkan ini berada di kepulauan terkenal di Amerika iaitu O’ahu, Hawaii. Ia terletak jauh di atas pergunungan dan penghubungnya ialah jambatan yang memiliki 3,922 anak tangga dengan kelebaran sebuah kerusi roda bersaiz 18 inci.

Nama diberi Haiku Stairs turut menerima nama jolokan ‘Stairway to Heaven’ ini bermula di Lembah Haiku berdekatan Kaneohe dan perlu memanjat setinggi 2,800 kaki pada sudut 30-darjah.

Ini permulaannya:

Tujuan asal jambatan ini dibina adalah sebagai akses tentera ke Stesen Radio Laut Lembah Haiku yang terletak di 2,800 kaki dari aras laut bagi membolehkan pihak kapal selam Navy menghubungi Hawaii dari jarak sejauh Teluk Tokyo dan rantau Pasifik.

Ini peninggalan stesen radio lama:

Ia mula dibina pada 1942 menggunakan kayu-kayu untuk bina tangga. Kemudian ditukarkan dengan jambatan kayu. Pada pertengahan tahun 50-an, jambatan kayu ditukarkan dengan besi secara berperingkat. 1987 merupakan tahun terakhir stesen beroperasi dan trek turut ditutup kepada orang awam selepas itu.

Haiku Stairs dijadikan kawasan larangan kerana faktor keselamatan. Kebanyakan kondisi trek dan jambatan tidak dalam keadaan baik.

Ini keadaan jambatan Haiku Stairs:

Selepas dirempuh ribut pada pertengahan Februari 2015, kondisi makin teruk dan lebih berbahaya sehingga tidak boleh digunakan lagi trek jambatan tersebut. Sesungguhnya memang wajar tindakan pihak berkuasa memperketatkan kawalan dan larangan selepas melihat kerosakan ini.

HaikuBummer

Oleh itu, yang tinggal kini hanyalah kenangan. Anda boleh batalkan Haiku Stairs dari senarai impian anda dan ini kami kongsikan beberapa gambar menarik yang pernah dirakam oleh pendaki-pendaki sebelum ini buat tatapan anda:

 

Jika anda mahu juga tahu bagaimana untuk sampai ke sini, anda boleh baca info tersebut disini: How to get to Haiku Stairs

Sumber: Huffington Post, Buzzwok, Unreal Hawaii, Odditycentral, Travel and Stories

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤